Friday, June 26, 2009

Saluran Satu:

Aku tak tahu kenapa dan sebab ape.Bila aku mula ketuk key-bod je aku rasa macam haram jer apa yang aku tulis.Tapi bila aku baca blog orang lain,gaya bahasa,intonasi,plot, yang digunakan lebih kurang dengan aku punya yang aku delete tu.Aku rasa macam apa yang aku tulis sebelum ni yang banyak kat draft tu ok jer.Nanti-nanti la aku post kan.Ntah ada lagi ke tak.

Cuma masalah yang dapat kau kenal pasti ialah bila idea tu dah datang,dah sedap-sedap menaip dua tiga perkataan tiba-tiba aku lupa aku nak tulis pasal apa dan kenapa.Aku tak tahu bila masa aku sign in blog ni.

Sedangkan aku rasa baru je tadi aku syok layan anime slam dunk.Pelik aku.

Tuesday, June 23, 2009

Pencarian Yang Tak Pernah Henti

Fakta atau Auta?


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy ,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu... Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



Dah pernah baca??aku peduli hape,memang aku paste dari e-mail.Janji aku puas dan gelak setiap kali baca.Aku nak kongsi gelak2 dengan hangpa sekalian.Meh baca meh.

Sunday, June 21, 2009

Yang Terindah Tidak SemestinyaAkan Aku Dapati

Aku rasa sejak blog ni salin kulit,aku terlalu rajin untuk tidak update ini blog.Memang lah kulit dulu pun aku jarang update tapi ada la juga setipa minggu tu.Aku rasa aku ni tak serasi dengan kaler kelabu la kot.

Aku tengah fikir kaler ape yang sesuai untuk blog ni.Walaupun pun itu tak menjanjikan aku akan senantiasa update.Haha.Ok.Aku berazam yang aku akan berazam untuk berazam fikirkan kaler yang sesuai untuk ini blog untuk berazam akan sentiasa update in blog.Boleh?

Boleh lah kot.Sekian saya yang melaporkan untuk berita jam 8.38 malam ikut jam di laptop ini.

Tiada cerita pun.

Friday, June 5, 2009

Beberapa Malam Yang Lepas

suatu malam yang tenang

aku dah bosan aku dah bosan......
ayat-ayat cinta ku.....
kita tengok penyu betelor.....



aku:ape ke he-nye.bising lah
am:gua kantoi beb,gua kantoi
aku:ate
am:kawan beb
aku:berapa
am:tiga.......belas
aku:hmm
am:gua tensen beb,tensen ni
aku:ate
am:kawan beb
aku:baca
am:kat rumah aku dah study gila-gila kau tau
aku:so
am:tapi bila sampai sana aku tak boleh buat la,aku kalut
aku:ape kes
am:aku duk usyar awek kat kaunter tu la sampai masa habis
aku:dapat
am:belum lagi.tapi aku dah bayangkan kalau aku ada lesen nanti aku nak bawak awek tu naik bmw jalan2 kat masjid india,aku nak belikan tudung ekin untuk dia.