Wednesday, December 31, 2008

JLo

"kita nak makan kat mana malam ni?"
"ntah lah,aku tak kisah mana-mana pon boleh.lagi pon aku bukan asal sini."
"aku rasa baik kita ke kolej aje.banyak makanan kat sana."
"ok gak tu".


Pin pin pin dan pin pin lagi.(kereta porsche datang)


"Logan,aku ingat kau belum balik lagi."
"aku saja balik awal,nak bikin seperais untuk kau".

"Logan,ni Jess kawan lama aku.Jess,ni Logan teman lelaki aku"


Lepak di bar.Minum sambil sembang-sembang antara 2 lelaki ditemani seorang wanita.

Logan:kau keje ape?
Jess:aku penulis.
Logan:berapa panjang buku yang kau tulis??ade panjang macam buku A.Samad Said??

Jess:aku baru menulis.

Rory:ape ni Logan?

Logan:aku saja nak tau pasal dia.dulu korang ade outing?

Jess:ada la gak.dalam hati (malas aku nak layan mamat seko ni.baik aku blah sebelum aku tumbok dia ni).
Rory:Jess,kau nak gi mana lak?
Jess:ape daj jadi dengan kau ni skang ha??

Rory pe lak??

Jess:kau dah jadi orang lain,dah tak macam dulu kau tau tak?

Rory:ntah la,aku pon tak tau.


Dalam bar.

Logan:jom aku anta kau balik.

Rory:aku tak nak balik.

Logan:jom lah..

Rory:aku tak nak balik,kau faham tak!!

Logan:ok,nah ambik duit ni.kau balik sendiri naik teksi!

Rory:hhmm...


memang cair aku tengok minah ni

Baru minggu lepas aku rasa cukup benci pada si Logan.Semalam kebencian aku bertambah meluap-luap bila tiba-tiba Jess lak datang.Aku benci sesangat sekarang ni pada kedua-dua lelaki itu.Ohh Rory..Walaupun dua-dua lelaki ni gaduh,tu bukan satu keseronokan bagi aku sebab aku rasa si Jess mesti ada paln nak dapatkan Rory aku tu.Tak kan aku nak tengok jer Rory aku ni kena kebas dengan si Jess tu kan.Aku mesti buat rancangan.Aku akan buat mamat dua orang ni gaduh dan gaduh lagi dan seterusnya gaduh lagi.Hahahaha....

JLo=Jess+Logan

hepi new year rory.

Tuesday, December 30, 2008

4H3M!

4H3M.Ni bukan formula sebatian kimia atau nombor pendaftaran kereta baru aku.Kereta yang aku tempah masih belum aku dapati kerana aku tidak mampu pun untuk membooking.4H3M ialah tempoh masa aku berada di kampung aku yang nuunn jauh di selatan Perak.Kat mana tu cari sendiri lah.Dalam perjalanan aku mereka-reka aktiviti yang akan dilakukan.Aku rindu pada nyamuk.Aku rindu pada masakan bonda ku.Aku rindu pada pokok nyor.Aku rindu pada anak Makcik Bedah (tapi anak dia dah kahwin).Aku rindu pada segalanya.Semahu-mahunya aku akan melepasakan rindu ku pada semua yang aku rindu.

Percutian ku kali ini amat bermakna sekali.


Percutian 4H3M aku telah diisi dengan makan,tidur,berak,tengok tv,makan dan tidur.Oh indahnya...Amat bermakna kan percutian ku ini.

p/s:tiada gambar2 indah semasa percutian ku ini..hahahahah

Monday, December 22, 2008

Memang Haram!!!

Petang semalam aku di Jom Heboh.Mula-mula malas nak pergi tapi Bob sms ajak datang.Dia dah tercongok kat sana sorang-sorang.Dia ni study kat Unimas.Aku dah lama tak jumpa dia.Bukan selalu pun dia ni balik semenanjung.Dengan berat kaki aku langkah kan jugak la.

Aku baru bangun tidur.Pagi-pagi buta aku kemas bilik yang macam tongkang pecah.Mandi,siap aku gerak ke Bukit Jalil.Ya...cari parking bukan senang time-time macam ni.Lepas park aku call Bob.Dia dah balik.Aduh.Kenapa la kau balik awal sangat??.Aku dah la sorang jer masa tu.Panas gila lak masa tu.

Aku try call Shawal.Dia urusetia sukan SUA.Petang semalam kan ada upacara penutup kat Stadium Putra.Dia cakap ada kat dalam lagi.Dah sudah nanti dia datang Jom Heboh.

Aku lak tercongok sorang-sorang tunggu dia.Masa ni la aku jadi pemerhati.Aku agak macam ni la kot MM.Haha.Macam-macam gelagat orang aku tengok.Macam-macam fesyen aku nampak.Majoriti yang aku nampak adalah bangsa melayu.Bangsa lain tak minat ker Jom Heboh ni??Dan dalam bangsa melayu tu pulak golongan remaja adalah majoriti dan berkepit dengan pasangan masing-masing.Eleh aku tak jeles.Macam-macam bunyi gak aku dengar."Mari-mari beli"."Satu bungkus seploh ringgit".Bunyi muzik booth tak payah cita la.Tapi aku
Respect,time azan suma booth jadi sepi.Tapi sepi dari muzik jer,mulut-mulut riuh rendah gak.

Aku tak tahu kenaper masa aku sampai jer kat sana line maxis aku macam haram(ah aku nak swith la).Nak send sms pun susah.Kadang-kadang dapat sms sampai 2 sekali gus.Kamera aku pun tak berfungsi.Masa kat rumah elok jer.Memang aku tensen sangat-sangat.

Aku call lagi Shawal,susah gila nak call.Jahanam maxis.Last dapat gak call tapi dia cakap dah nak balik.Hahahah.Aku senyum sorang-sorang masa tu.Kalau aku tahu baik aku blah awal-awal.Bila aku dah on the way,dia sms aku.Dia cakap bas dia gerak lambat lagi.Dia tanya aku kat mana?.Sekali lagi aku gelak.Aku cakap aku dah gerak.Malas aku nak pusing balik.Kepala aku ni dah berdenyu-denyut.

Mula-mula Bob tunggu aku.Aku sampai dia dah balik.Aku lak Tunggu Shawal.Tunggu punya tunggu dia dah nak gerak.Aku cabut balik.Dia lak nak tunggu aku.Hahahaha.

Aku rasa aku tau kenapa Dato' Harussani (mufti perak) cakap benda-banda gini haram.Memang macam-mcam yang haram ropenyer..

Saturday, December 20, 2008

Segi Bersegi (bukan kolej tu)

Macam tiga segi tapi aku rasa aku punyer bersegi-segi.Hhmm. Masa aku baca blog ely aku teringat aku pun ada kisah yang hampir serupa.Tu yang bersegi-segi jadinya.
Aku pon tak tahu kenaper jadi macam tu tapi yang aku tahu benda ni berlegar dan bermain di sekeliling aku gak.

Kisah 1: Aku pernah minat pada seorang minah yang aku rasa agak comel dan menawan.Orang di sekeliling aku tahu akan kejadian ini.Tapi kami tidak sempat berpacaran,cuma sekadar meluahkan perasaan di internet dan talian talipon saja.Kami agak rapat walau bukan secara terang-terangan.

Kisah 1.1: Satu hari Si S beritahu aku dia sudah pacaran sama kawan aku (di sekeliling) Si A.Ok.Aku tak marah ek.Kecewa pun tidak.Sudah jodoh mereka barangkali.Dalam masa yang sama aku main sms sama Si S ini tapi atas pengetahuan Si A.Aku bukan makhluk perosak.Dia bilang dia tidak cemburu.Aku juga dijadikan tempat rujukan dan carian google oleh mereka berdua.Si A ni lama-lama seakan menjauhkan diri dari aku.Aku tak mengerti kenapa.

Langit tak selalu cerah bai,diorang break-off.
Sebab aku ke??Diorang cakap bukan sebab aku.

Kisah 2:
Si S beralih kepada kawan aku (di sekeliling) Si F yang mana juga merupakan kawan kepada Si A.Benda ni tak pelik ok.Mereka berpacaran agak lama juga.Si S selalu mengadu pada aku diorang selalu bertengkar.Siap record perbualan(bertengkar) di talipon dan send pada aku. Macam bodoh.Sama macam Kisah 1.1, Si F mula menjauhkan diri dari aku.Si S selalu kacau aku,mintak pendapat cara-cara bahagiakan pasangan,tema warna masa nak kahwin,berapa anak dan posisi di ranjang (ni tipu).Maknanya mereka sudah pergi jauh.Maksud aku mereka merancang untuk bersama ke akhir hayat walau berlaku pertengkaran.Dia bilang dia bahagia.Bodoh!.

Si F pun cakap dia bahagia dengan Si S.Si F pun rancang nak jadikan Si S suri beliau.Si F ni macam tunjuk eksen pada aku(beliau tahu kisah aku dgn Si S dulu).Macam aku cakap tadi ni kitaran sekeliling aku.Macam bagi aku cemburu.Sori bro,gua tak
jeles ok.Kalau lepak sekali, buat tak nampak jer aku ni.

Blah la lu!Ingat kau sorang jer ada awek??


Bertengkar punyer bertengkar,akhirnmya langit yang cerah pada pagi dah di timpa hujan juga pada sebelah petang.Hhmm.......Si S + Si F = PUTUS!..

Aku still lagi kawan dgn Si S,Si A dan Si F..Tapi antara diorang aku tak tau la...Ape yang aku tau sebab musabab hubungan diorang ni hancur ialah sebab Si S tak nak gi dating (keluar2 date).Hahahahaha.Memang bodoh.......

Situasi kesimpulan : Aku rapat dengan seseorang perempuan>tapi tak kapel>aku kawan jer dgn dia>perempuan itu kapel dengan kawan aku>--------kenaper kawan aku tadi jadi kerek dengan aku????

Friday, December 19, 2008

Boleh Membunuh.



Aku cukup pantang dan benci serta sumpah seranah bila aku makan pape kat kedai,tiba-tiba aku terkunyah kulit telur atau seketul garam dalam kuantiti besar.Sakit hati aku ni,terpaksa luahkan dan termuntah balik makanan yang aku makan.Dan ini boleh mengurangkan kuantiti makanan yang masuk dalam perut aku lantas boleh menyebabkan aku lapar kembali kan.

Dah banyak kali aku kena,kat
fudkotMJ sekali,masa aku study kat Tg. Malim sekali.Kedai BP(studen psas masti tau kedai ni).Banyak lagi la.Sampai kadang-kadang aku kuis-kuis nasi goreng sebab risau benda tu jadi balik kat aku.Memang boleh bunuh selera aku tul la!

Dan aku paling menyirap ialah bila aku panggil taukey kat kedai tu dia boleh tuduh aku sengaja letak barang-barang tu sebab nak sabotaj dan makan
free kat kedai dia.Pala hotak kau lah..Ingat aku takde duit sampai nak buat macam tu ke?Aku tinggalkan jer makanan dan aku tak bayar pon.Padan muka kau.Kawan-kawan aku masa tu pon bagi sokongan kat aku dengan cara memblahkan diri dari situ gak walau pon nasi diorang ok dan diorang secara automatikney makan free.

lahabau sungguh sokongan kawan-kawan aku ni kan...

p/s:nasi goreng diatas tiada kena mengena dgn entri ini.sekadar pemandangan indah tika lapar.

Monday, December 15, 2008

Jalan lurus atau bengkok?


Aku penah dengar ceramah dari seorang ustaz.Dia cerita satu kisah(dari arab kalau tak salah aku).Ade seorang ayah,anak dan seekor keldai.Diorang ni pengembara.Ayah dengan rasa penuh tanggungjawab suruh la anak dia tu naik keldai dan si ayah tu berjalan kaki.Bila sampai di satu kampung,orang kat kampung tu sok sek(cakap belakang sambil mengutuk),diorang cakap anak tu tak hormat ayah sebab biarkan si ayah berjalan sedangkan si anak tunggang keldai.

Dengan senang hati anak bagi laluan pada si ayah lak naik keldai dan di lak yang berjalan kaki.Bila sampai kat satu kampung,orang kat kampung tu sok sek lagi marahkan si ayah sebab zalim suruh anak yang masih kecil berjalan kaki sedangkan dia tunggang keldai.

Diorang pun buat keputusan untuk sama-sama tunggang keldai tu.
Mengembara lagi sampai la sampi kat satu lagi kampung yang aman damai.Kat situ diorang dengar lagi orang mengata sebab dua orang manusia menunggang seekor keldai yang kecik.Bayangkan kan lah keldai yang kecik tu..


Samapi la ke satu lagi kampung,di mana mereka di tuduh bodoh dan bangang sebab dua-dua orang si ayah dan si anak masing-masing berjalan kaki sambil menyeret keldai tanpa ditunggangi.

Moral of the story: Tak mudah nak puas kan hati semua orang dalam hidup ni.Adakala kita rasa tindakan kita tu betul tapi tak di mata orang lain.Dan kadang-kadang mungkin kita anggap tindakan kita salah tapi benar bagi orang lain.Bukan satu kesalahan meminta pendapat dan pandangan pada orang tapi menjadi satu kesalahan jika meminta pada yang salah.Maksud aku pada orang yang salah.Dan dengan tindakan yang salah kita tu akan membuatkan kita ni dianggap salah dan dicop bodoh.Tak semua pendapat yang orang bagi,boleh kita telan.Kita mesti pandai saring.Ibarat mintak resepi buat kek pada seorang chef.Kita mesti try tokok tambah atau buang bahan yang kita rasa tak masuk dengan selera kita kan.Jadi,pandai-pandai la tentukan sendiri matlamat dan JALAN hidup kita sendiri.Jalan lurus atau bengkok?

Friday, December 12, 2008

Somewhere Only We Know by Keane

I walked across an empty land

I knew the pathway like the back of my hand

I felt the earth beneath my feet

Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree

I felt the branches of it looking at me

Is this the place we used to love?

Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

Wednesday, December 10, 2008

Warkah by BAU

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


Tuesday, December 9, 2008

Bagi Pihak Lelaki

Aku mulakan entri ini dengan satu soalan yang berbunyi KENAPA???.Ok semalam Hari Raya Aidil Adha,so selamat menyambut hari perayaan.Hhmm.

"Mak nak kau cari orang yang at least ada degree,ada kerja bagus-bagus,ada kereta.Mak tak nak kau kawan dengan orang yang kerja tak tentu hala,tak kenal asal usul tu semua"

Aku dengar ayat ni semalam masa lepak kat satu kedai mamak kat Puchong Jaya.Aku tak tahu macam mana adegan ni boleh mula tapi tu jer part yang aku dapat curik-curik dengar di kala aku leka sedut air sirap limau aku sambil layan friendster.

Aku sampai sekarang tak faham kenapa adegan semacam gitu masih ada pada zaman yang boleh dikatakan serba moden sebab tak kan aku boleh layan you tube kat kedai mamak kan.Aku ingat kan tu ade dalam cerita P.Ramlee jer,tapi aku silap.Aku pernah dengar cerita pihak pompuan mintak duit hantaran sampai bebelas ribu.Walau pun disertai dengan ayat "kami bukan la nak jual anak tapi nak buat kenduri ni bukan sikit belanja".Tu aku tak nafikan memang majlis kenduri tu satu majlis yang besar.
catering =8K@9K.
pelamin+solek-solek+baju = 2K@3K.
buah tangan =1K
karaoke+MC =1K
gambar =2K.
Pendek kata kalau takde 30K jangan mimpi nak kahwin la.Betul ke banyak samapi macma tu ??YES!!Aku ni bukan bercakap sebab pernah kena reject time pinang anak dara orang ek..Tapi sebagai seorang yang bakal melangsungkann perkahwinan pada bulan Februari tapi tahun tak tahu lagi la.

Aku rasa pihak pompuan memang layak "mintak" tapi biar lah berpada-pada.Pada pihak keluarga pompuan jangan la sebab anak hang pa tu ada diploma atau degree,tu dijadikan lesen untuk demand.Tapi ramai gak anak tahap minah kilang(bukan kutuk) tapi balun sampai 15K.Agak-agak la mak cik ooi.

Ingat kitorang lelaki ni hidup nak bayar hutang jer ke??(setelah buat loan pasai nak kawin).Tapi kalau bakal menantu makcik tu anak Dato' atau Pak Menteri tu lain cerita la kan.Banyak kes lelaki buat loan nak kahwin tau.Ingat nak beli rumah jer ker buat loan??.

Kalau nak kahwin tu pandai-pandai ler menyimpan dari sekarang.Jangan asyik nak bergumbira jer.Lain la kalau korang dapat kahwin free.Tu lain cerita la.


Friday, December 5, 2008

Butterfingers - 1000 Tahun(AKU MAHU HIDUP)

Memanglah penat
Tapi macam mana nak buat..?
Sudah terlambat, baru nak cepat
Terperanjat

Harap maafkan
Diatas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi
Selama ini amat dikesali
Takkan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini kubangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Kumahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan walaupun
Diriku ini kesempitan
Diawan kesembilan

Kotaraya
Kosmopolitan ini penuh dengan
Iblis dan syaitan penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri kembali
Sekali lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini kubangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Kumahu hidup 1000tahun lagi
Kembali

layan woo lagu ni...

Wednesday, December 3, 2008

Mr. & Mrs...

Menjadi kebiasaaan.Ya,benda yang lumrah.Maksud aku ialah hhmm...

Hujung tahun ni bagi aku masa yang paling penting untuk aku lihat balik kebelakang walau pun aku tak suka menoleh belakang dan juga aku mengamalkan prinsip "jangan pandang belakang" sebab bagi aku let by gone be by gone.Yang dah lepas tu lepas lah.Tapi kadang-kadang kita MESTI gak lihat balik apa yang dah jadi sepanjang tahun ni.Aku tahu mungkin entri ni merupakan entri yang pertama yang menyentuh soal "sepanjang tahun" sebab sekarang ni baru awal bulan kan.

Sepanjang tahun ni akan di post hujung bulan ni nanti(mungkin).Tapi sebenarnya aku nak sentuh tentang title Mr. & Mrs.Biasa la hujung tahun ni mesti ramai yang akan buat kenduri kan..tu la maksud sebenar aku kat atas tu tadi.Tapi dah merewang jauh entaj kemana-mana la aku ni...sekarang pon sama gak.Ah,suka hati aku la kan.

Sepanjang tahun ni(kenapa banyak sangat sepanjang ni??) dan seingat aku la,banyak gak yang bertukar tiltle tak kira Mr. atau Mrs.Contohnya ialah si dia dan si dia.Tu yang aku tau la kan.Susudalambotol ni tengah sarat kepala otak memikir hari besar dia.Pencarihartakarun lak lagi la sebab hujung minggu ni kenduri dia.

Bercakap pasai kenduri-kendara ni aku harap-harap majlis dorang tu berjalan dengan lancar dan aman damai sekali.Bukan ape,sekarang ni kan musin hujan+banjir.Berkecamuk la hati pasangan kalau bersanding time hujan atau banjir.

Banyak gak kes-kes dulu yang kita pernah dengar pasai berarak naik sampan la,naik lori la.Naik kapal korek jer aku belum dengar lagi.Hhmm.Tu semua sebab hujan dan banjir.Tapi pape pun kita tak boleh lawan takdir,tu semua kuasa tuhan.Setiap kejadian tu ada hikmah tersendiri bagi aku la.Orang lain tu korang punya pasal.

Ahah minggu lepas pun aku ada pergi kenduri sedara aku kat PJ.Dekat jer.Agak meriah gak Kenduri tu.Mr. tu sedara aku baru umur 24 dan kawen kau ek.Tahniah kepada Shahril.Jangan tanya pasa giliran aku lak ek?

Aku ada jemputan lagi bulan ni.Yang paling best aku berpeluang untuk makan free pada tiap-tiap ahad bulan ni.Sebab apa aku cakap macam tu?sebab dorang memang pilih Hari ahad la kot.Ahh,suker hati dorang la.Yang penting aku nak makan free(mungkin).

Thursday, November 20, 2008

Lepas Hajat

Aku mulakan dengan hehehe,haha,aduh,aahhh...

Malam semalam,setelah sekian lama aku menunggu dan menunggu utk bermain futsal,akhirnya terlunas lah dendam kesumat aku ...beberapa jaringan telah menerjah ke jaring...aku puas...hehe...

haha lak sebab yang sebenarnya yang turun malam tadi hanyalah berjumalah 6 orang,aku ulang ENAM sahaja,sekian terima kasih...lantas kami terpaksa mengimport 2 orang pemain dari luar...akceli dalam skuad utama hanya 3 orang jer yang ade..3orang lagi tu lak pemain pinjaman ari luar...bayangkan bermain 8 orang cuma..dan haha sekali lagi sebab kami bermain dalam hujan yang "beritma"...kadang2 renyai kadang2 lebat..hahaa

aku main tanpa warm-up pon,sebab teruja sangat kan..dah 2 bulan kaki x "menghayun"...(last main minggu 1st bulan puasa)..1st kaki aku menghayun, fuhh berdemtum dan berdesub bola tu manglarikan diri ke arah goal post...dan dalam masa yang sama aku berperasaan yang kaki aku pon macam ikut sekali...haha lagi...dia dah mula tangkap kat lutut dah...dalam hati akumampos la,aku dah gian ni...dah xkira bape ramai pon janji aku dapat gentel2, hayun2 , tembak2 aku puas..

part ni yang paling best,time aku balik rumah:aku singgah kat tempat nasi lemak malam(peberet aku ni,nanti aku cite pasal nasi lemak ni)aku jalan macm dah xbetul jer..kaki ni dah lari balancing kot,kena repair ni...
sampai rumah buka baju,buka suar,mandi....ahhhh lega...
semayang,buka tv-ntah cite pe pon aku xtau...
makan lagi besh...alhamdulillah..
lepak depan tv...duk bersila baca paper metro.
TIBA-TIBA...
KAKI aku kejang,bawah tapak kaki aku dah keras semacam...aahhh
dapat bangun,masa nak bangun tu TIBA_TIBA lutut aku "meletup" lak(bukan mercun@meriam) lutut xbole nak lurus...aku pon xtau nak cite camne...sakit yang amat sangat la...
nak nangis pon ade..aku penah kena camni time aktif sukan dulu2...aahhh

pagi ni sakit lagi tau...

Wednesday, November 19, 2008

Falsafah cinta



Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang buta hidupmu
Terkadang semangat gelora

Rasa cinta kepada keindahan
Tanda yang peka kepada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan

Kedamaian

Cinta menciptakan rindu
Juga membuat kita sendu

Semangat terbakar hangus
Hidup mesti terus

Kerana cinta duniamu berperang


Itu cinta sesat di perjalanan


Demi cinta kita terlupa dunia

Kesesatan

Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang
M. Nasir:
Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang buta hidupmu
Terkadang semangat gelora

Rahim:
Rasa cinta kepada keindahan
Tanda yang peka kepada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan

Duet:
Kedamaian

M. Nasir:
Cinta menciptakan rindu
Juga membuat kita sendu

Rahim:
Semangat terbakar hangus
Hidup mesti terus

M. Nasir:
Kerana cinta duniamu berperang

Rahim:
Itu cinta sesat di perjalanan

M. Nasir:
Demi cinta kita terlupa dunia

Duet:
Kesesatan

Duet:
Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang

suatu masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Tuesday, November 18, 2008

REASON

i’m not a perfect person
there’s many things i wish i didn’t do
but i continue learning
i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go
that i just want you to know i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’m sorry that i hurt you
it’s something i must live with everyday
and all the pain i put you through
i wish that i could take it all the way
and be the one who catches all your tears
that’s why i need you to hear

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

and the reason is you
and the reason is you
and the reason is you

i’m not a perfect person
i never meant to do those thing to you
and so i have to say before i go
that’s i just want you to know

i’ve found the reason for me
to change who i used to be
a reason to start over new
and the reason is you

i’ve found the reason to show
a side of me you didn’t know
a reason for all that i do
and the reason is you

Monday, November 17, 2008

keNAPER???WHy??

mAlam ni skali lagi postpone nak main futsal..arghhh...
atas alasan "lampu limpah" blom pulih tapi sakit hati aku ni lagi lah blom pulih2 sebab kaki ni dah gian sgt nak mengentel2 ni...

pela pihak yang berwajib ni,cakap nak majukan sukan untuk negara tapi benda yang ciput cam ni pon amik masa yang lama nak repair..aku kira dari hari rabu lepas,so masuk hari ni dah LIMA hari tuh...

kitorang dah book padang tiap2 hari rabu utk bulan ni,tapi alllooha...kalau rabu ni xsiap gak aku majuk ar,malas nak memeriahkan sukan futsal kat mesia ni...padan muka aku...

p/s:macam hampeh kan title kat atas nun...

Thursday, November 13, 2008

Kenangan Dan Kenangan Dan Kenangan

Malam tadi sepatutnya aku n the geng yang lebih kurang 18 orang teringin nak main sepak2 bola atau lebih glemer dengan panggilan futsal..tapi...
ade cerita di sebalik tu....kitorang xdpt main sebab lampu tiba2 xmenyala..(kitorang main kat tempat open air)...mungkin sebab semalam hujan lebat dan telah petir telah menyambar-nyambar lalu membuatkan neon2 itu mengalami kecacatan...

aku frust giler sebab 1st....aku cadang xnak balik rumah,lepas koje trus gi futsal sebab tempah padang pukul 8 mlm...tapi kasut keramat aku tertinggal kat rumah lak.Aku cuma bawa baju ngan suar jer.Hampeh tul la....2nd lak,lantaran kejadian itu,aku terpaksa merempit balik rumah yang jauhnyer lebih kurang sekotak rokok penghisapan walau aku xmerokok...

on the way nak gi main tu hujan renyai2 lagi tu,dalam hati aku macam menyampah lak nak main tapi sebab dah janji kan,terpaksa gak la...dalam renyai aku merempit lagi..

sampai jer kat old trafford aku nengok dorang sume dok tercongok dan tercangak2...aku dag marah ni...aku punyer la full trotell nak datang ...dorang ckp lampu limpah rosak la...dammm

Tadi lak aku nampak ade game haki kat stadium KL...(aku keje dkt situ la)...kat paper ite harian ade ckp ade qualify asia club kot,xsure...tingat balik zaman muda2 dulu slalu gak aku mengharumkan nama skolah aku dalam arena hoki ni..walau pon kau ni bukan la hero@star tapi aku mainkan watak yang penting gak la.....skolah aku ni agak femes gak dlm sukan hoki ni...dalam daerah masa zaman aku dolu2,tiap2 tahun skolah anta 2 bas penyokong utk sokong kat final,hehe...aku penah main 2x final tau,hehe(bangga tahap gaban) sebab aku 1st 11...stiker lak tu...dammm,dah2 cukup2...riak benor aku ni..

Aku tingat balik kenangan zaman muda2 dolu2 walau aku ni bukan lah tua sangat..hhmmm




Friday, November 7, 2008

xde

aku xde mud ari ni.....kosong.

Kembali...

Semalam,aku kehilangan seorang kwan baik time aku study kat Poli dulu....seorang yang bernama Azree yang berpanggilan Aie telah kembali ke rahmatullah...semua geng2 aku (DKE-B,2004-2006) terkejut,sedey bercampur baur dengar biter ni...

aku xtau macam mane nak cakap,tapi banda ni dah jadi...cume aku baru jumpa dan bergelak sakan 2 minggu lepas masa lepak minum kat opis aku..

aku n the geng yang aku rase leih drpd 10 orang gi hospital Klang...arwah ni org Klang...kitorg tgu sejam gak la..masing2 muker toyer jer tp still kontrol macho...Ego beb..

kitorang sempat jumpa wat kali terakhir,aku tengok wajh dia nampak tenang jer..kitorg tgu sampai selesai pengkebumian...masa ni semua tingat balik citer2 masa kat Poli dulu...insan yang bernama Aie ni sorang yang sporting,giler2,sama2 huha-huha,b'tjwb,cekal,motivate,n mcm2 lagi...susah senang same2...

Aie,kau dah Kembali..urusan kau kat dunia ni dah tamat..kitorang ni xtau nasib masing2 lagi..al-fatihah untuk aie....

Tuesday, October 14, 2008

Perihal Kaki...

KAKI kita merupakan salah satu bahagian tubuh yang tentu saja sangat berguna sebagaimana anggota tubuh lainnya. Sekalipun kaki hanya mengalami luka kecil seperti melecet, kegiatan sehari-hari kita akan terganggu. Oleh karena itu, makin mengetahui kaki, jauh lebih baik dibanding tidak mengetahuinya sama sekali. Di sini ada beberapa fakta tentang kaki yang mungkin cukup menarik untuk diketahui.

1. Makan makanan pedas sering menyebabkan kaki berbau. Untuk mengatasinya, kurangkan makanan pedas dan minum banyak air.

2. Kaki melakukan perjalanan secara purata 115.000 km sepanjang hidup.

3. Pada kaki terdapat 250.000 kelenjar peluh yang menghasilkan hampir satu cawan setiap hari.

4. Satu perempat dari tulang tubuh kita terdapat pada kaki.

5. Memakai kasut tumit tinggi merupakan salah satu kunci masalah penyakit kaki perempuan.

6. 70% lebih dari masyarakat akan mengalami sakit kaki pada tempat yang sama dalam kehidupan mereka.

7. Semakin usia meningkat, kuku kaki makin keras dan makin tebal.

8. Ketika berdiri tegak, 50% dari berat anda berada pada tumit, 25% pada tapak kaki dan 25% menyebar sekitar bola kaki Anda.

9. Kaki bayi berusia 16 hingga 25 bulan tumbuh setengah ukuran kasut mereka setiap tiga bulan dan yang berusia 25-36 bulan tumbuh rata-rata setengah ukuran sepatu mereka setiap empat hingga enam bulan. Dengan demikian, sering menukar kasut mereka adalah hal baik agar kaki mereka dibungkus oleh ukuran kasut yang tepat.

10. Naik tangga selama lima minit membakar energi tubuh 42 kJs (kilojoules) , sedangkan naik lift 10,5 kJs. Bagi yang nak diet, naik tangga lebih baik daripada naik lift.

11. Aku sayang kaki aku,kaki aku ni setia dengan aku selama 23 tahun ni...aku syukur sebab aku masih ade kaki lagi sampai laa nie..aku xkan biarkan kaki aku melangkah dan buat benda2 bodoh walau kadang2 tu terbuat gak..hehehehe...

Salasilah Bekam...


Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.

Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

Kebaikan Kaedah Bekam:

Perawatan dengan kaedah Bekam ini memberi banyak faedah kebaikan kepada manusia sejagat, antaranya ialah:

1. Sihat tubuh badan
2. Menghilangkan keletihan dan penat badan
3. Mengimbagi daya tahan badan
4. Buang angin dalam kepala khusunya sakit kepala
5. Buang darah - buang toksik darah
6. Sakit urat
7. lemah-lemah otot dan lain-lain lagi....

Monday, October 13, 2008

post

aku bermula......