Monday, March 30, 2009

7 Side Open

Satu pertandingan Bola Sepak akan dianjurkan oleh kelab S.P.R bertempat di sebuah padang dalam daerah bukit gantang.Pada awalnya penganjur menjangka tiada mendapat sambutan namun terkejut beruk dengan sambutan yang hangat semalam.

Diberitakan sehingga hari terakhir menghantar borang penyertaan,semakin ramai pula yang berpusu-pusu mengerumuni seperti konsert jom heboh adanya.

Walau pada mulanya penganjur ingin mengadakan pertandingan menimbang bola secara individu asalnya,Kelab S.P.R terpaksa merombak dan menukar format pertandingan supaya menepati dan adil apabila bersetuju untuk meletakkan 15 orang dalam satu padang.14 orang bermain dan seorang pengadil....Tujuh sebelah.

Namun terdapat khabar2 angin yang peserta ini akan menarik diri mungkin kerana sakit perut,cirit birit,anak demam,atuk kahwin lagi serta kucing mati di tengah jalan...Kemungkinan ini kan berlaku,kita sam-sama tunggu dan lihat nanti..

Saturday, March 28, 2009

Kehangatan Dalam Kegelapan,Mungkin!!!

Rata2 orang bercakap pasal earth hour esok malam 8.30-9.30.Rata2 ingin sokong ,tak kira dalam blog,iklan kat tv3,radio atau kat paper dimainkan isu ini.Bagi aku itu satu tindakan yang bagus untuk menyelamatkan DUNIA ini.Dunia yang dah "semacam" jer bagi aku.

Dunia dah sakit baru nak kecoh.Kalau ikut petua doktor2,dia akan cakap mencegah lebih baik dari merawat kan.Tapi apa pencegahan yang kita dah lakukan??Contoh paling senang lah,dah ade kes sorang makhluk masuk hospital sebab denggi baru lah depa beriyer nak "sembur2".Bukit dah runtuh baru kecoh cakap cerun bahaya la.Padahal semua ni kocek dah masyuk kan.Aku bukan nak tuduh tapi kenyataan beb.

Tapi dalam kehangatan orang duk soksek pasal menda ni takde lak iklan pak ajis nyanyi lagu katak oh katak dengan budak pompuan tu ek??memang la pada zahirnya tak nampak kaitan langsung tapi bila pikir2 kan balik iklan tu amat sinonim dengan penyelamatan bumi ni.Iklan pak ajis tu pasal pencemaran sungai,ape takde kena mengena dengan dunia ni ker??

Bagi aku kita jangan setakat nak sokong esok malam jer,kalau boleh kurang kan penggunaan elektrik tu selama2 nya.Setakat sejam ape barang kan.Jangan hangat2 tahi ayam.(Dah la busuk).Contoh macam pemboikotan barang israel hari tu.Sekarang dah senyap jer.Dah ramai yang masuk balik Mcdonkel tu.(yela,promotion baekk kan).

Kalau lah berjam2 kita boleh jimatkan penggunaan elektrik,bukan saja kita boleh selamatkan bumi ni malah boleh selamatkan kocek ni gak.Contoh macam aku ni,dah 3 bulan tak bayar bil.Bukan apa sebab sikit sangat.Baik kumpul,bila dah banyak baru bayar kan.haha.

Tapi sebenarnya aku nak cakap sikit,lepas sejam kita turn off lampu esok malam kan.Nescaya kita akan bayar lebih kadar takrif penggunaan elektrik itu.Ini fakta bukan auta.Nescaya juga towkey tukang jaga elektrik negara akan tersenyum lebar.Yela kan baru2 ni diorang bising sebab cakap tahun lepas diorang rugi juta2.Esok malam boleh untung balik kot.haha..



papepon selamat kan lah bumi ini selagi ia boleh diselamatkan.Jangan lak ada meeting dalam suasana romantik esok malam.

Thursday, March 26, 2009

Yang Tersayang!!!

Agak kebuzyian letli ni.Letih melayan sayangku.Meragam macam budak2 baru tumboh gigi.Masuk hari ni genap seminggu tapi masih belum kebah2 lagi meragamnya.

Kadang2 buat aku menyampah.Nak jer aku cari yang lain.Tapi nanti orang akan cakap aku ni lelaki buaya yang pantang nampak yang mantap skit trus nak ngap.Aku sayang pada sayangku ni.Walau pun usia hubungan kami belum setahun, banyak suka duka kami bersama.

Tonton filem bersama,siapkan kerja berdua.Buat assignment pon berdua.Dikala aku kesunyian sayangku ni akan nyanyikan lagu untuk hiburkan hati ku.Macam2 lagu dia sumbat ketelinga aku ni.Macam2 irama dari keroncong,asli,joget,trash,punk,mellow,dangdut semua dia sumbat.Aku layankan jer semua tu.Akhir2 ni telinga aku selalu jer disumbat dengan lagu2 irama malaysia yang mendayu2..

Sayangku ni memang bijak..

Aku cuma harap kau jangan lah meragam lagi ek.Aku sayang sangat kat kau.jangan buat perangai lagi ek.Tadi baru aku bagi hadiah untuk mantap kan lagi kuasa kau tu.Satu jer aku mintak tolong jangan meragam lagi ek??banyak kerja aku tergendala sebab nak layan kerenah nakal kau tu..PLEASE!!!


Tuesday, March 24, 2009

Baru Nak Jadi Remaja!!!



Sumpah aku tak tipu aku bukan pengawas walau pakai tie merah.Tu tie pinjam jer.

Naif gila time nih...

Monday, March 23, 2009

Jangan Tegur!!!

Jangan Ada Sesiapa Berkata-kata Tentang,Pasal @ Apa-apa Perkara Yang Melibatkan Manchester United Sepanjang Minggu Ini.Fan LiverFool Sila Jangan Korang Belagak Ek...SETOP!!

Yang Ikhlas,
bekam.

Monday, March 16, 2009

AKU NAK TIDOOOOOOO!!!!!!

Kala ini aku masih mengantuk,mamai,lebam,sengal.Aku perlukan rehat yang cukup.TApi tuntutan kerja lagi penting dari semua itu.Aku terpaksa celikkan mata ni.

Jalan bahagia ku cari telah hampir kutemui,

Semua ok!

Kecuali kekalahan m.u di tempat sendiri.

Orang cakap kita tak kan dapat semua yang kita nak kan.Tak adil la kalau macam tu.Semua yang kita nak,kita dapat je.Tuhan tu maha adil,DIA lebih tahu segalanya.DIA maha pencipta yang maha agung kan.Ap yang aku merepek ni,aku pon tak tahu.

Dah aku nak mengular hari ni.

Aku plan aku nak pergi makan sekejap lagi,pastu baca paper,pastu jalan2 keliling opis,pergi atm jap konon2 nak cucuk duit,pastu pukul 10 nak pergi minum lak,sembang2,masuk opis baca paper lagi,pastu dah sampai lunch time kan,pastu aku rasa nak balik kot.....


aku nak TIDO!!!!

Thursday, March 12, 2009

Mencari Yang Bahagia.Harap!!

Esok aku akan mengembara.Cuba mencari jalan yang bahagia.Aku berdoa semua berjalan lancar.Selancar arus traffic kala 2 pagi.Tapi esok mula cuti sekolah??oh aku mesti rancang perjalan yang jauh ini dengan betul.TAMMAT.

Wednesday, March 11, 2009

TATA













Jangan tegur kualiti ini gambar.Ini bukan edit.Aku bukan pro dalam ambil gambar.Kamera aku tak mahal.

sekian terima kasih.








Tuesday, March 10, 2009

2 in 1

10.30 am
Tut tut,tut tut,

ano:hello bro,pecer?
aku:cerrreeett jer la.kenapa?
ano:malam ni alun flight doh.
aku:yeke?pergi gak mamat tu ek..so nak kena antar la ni ek?
ano:ha la,aku dah sound arul,lu sound amar la.
aku:ha ok,papehal rogek ar.
ano:chaw...tuuutttt

10.35 am
Tut tut,tut tut,
aku:mat,alun terbang malam ni,lu nak ikut tak?
amar:aku kat kampung la bai,
aku:ate bila lu balik kl?
amar:petang ni aku gerak,sempat la bai...
aku:ok papehal nanti bagi tau ar.
amar:ok,

3.23 pm
Tut tut,tut tut,
aku:ha,nak gerak kul bape ni bro?
arul:wei,aku call ni bukan pasal tu la.
aku:dah tu?tok kau nak kahwin ke?
arul:sial.mak ano meninggal!!
aku:?????innalillah..kat ne?
arul:kat hkl la,aku nak gerak ni.kau nak ikut tak?
aku:aku ada hal sikit ni,lepas setle aku gerak.tunggu aku kat sana beb.


5.26 pm
Tut tut,tut tut,
arul:dorang dah nak gerak bawak balik kampung ni,
aku:ate tak sempat la aku nak gi nengok ni ek?
arul:tak sempat,lu lambat sangat..
aku:ada hal bro,malam ni la kita jumpa kat airport.


10.38 pm
alun:datang gak korang nak anta aku ek,
amar:mesti la bai,kau tu ntah bila tahun baru balik.
arul:wei balik nanti bawa awek arab ntuk aku satu.
aku:kau tu dah betunang la,aku belum....hehe
arul:awek kau kat utara tu tak datang ke?
alun:......
amar:ooooo
alun:baaaaaaabaaaai.....
aku,arul,amar:tataaaaaaaaaaa...

semoga ano tabah menghadapi dugaan ini.selang setahun pemergian ayahanda,kini bonda mengekori.alun,jangan lupakan kitorang kat sini.awek dubai tu jangan layan sangat.juling kauuu nanti...


Wednesday, March 4, 2009

What is the DWDM??

Minggu lepas aku berkursus.Kursus yang aku aply suka-suka tapi tu jugak yang aku dapat.Aku habiskan masa tiga hari mengadap trainer yang sungguh ceria tapi amat serius semasa mengajar.Ya aku suka dengan itu keadaan.

Kalau korang nak tau apa itu DWDM boleh la tanya aku walaupun aku bukan pakar dalam itu perkara.Kalau nak tau gak,klik kat sini.Sebenarnya DWDM ni takdelah relate sangat dengan kerja aku tapi sebab dah ada dalam list pilhan yang bos aku bagi,aku layan je lah.Apa yang nak aku cakap sebenarnya ialah baru aku terperasan dalam engineering ni banyak patah perkataan yang sedap didengar.Tu pon kalau korang pernah dengar lah.Sebenarnya aku dah penah belajar benda2 ni tapi time belajar hanya untuk lulus je kan.Malas nak amik port sangat benda remeh temeh tu

Dalam kelas hari tu banyak perkataan yang aku rasa best kalau dibuat nama band-band baru @ "indie band ".Kat sini aku bagi antara contoh yang sedap2 la.Kalau tak best tu korang punya pasal la.Ni suka hati aku yang punya.

1.The Attenuator
2.The Wavelenght/Second Wavelenghts
3.The Dispersion
4.Characteristics
5.The Optical Amplifier
6.The Intervention
7.Pump Connector
8.High Frequency
9.The Paralel
10.Circuit Equipment


p/s:Aku bagi 10 dah ler.Nanti2 aku ingat ada yang best2 aku letak lagi.Kalau korang nak buat band baru tapi takde nama boleh hubungi aku yaaaa