Tuesday, November 17, 2009

Kenapa Aku Masih Disini??

Hati gundah,risau,sasau,penat.Otak sendat fikir pelbagai rasa.Banyak perkara bila difikir lagi jadi gila.Minggu ini baru berlalu hari yang ketiga,tapi buat otak aku rasa mahu STOP!Masih ada empat hari harus diredah dan membuatkan aku mahu TIDUR!.

Mana ada "kehidupan" yang adil dalam ini dunia.Ya mungkin ada yang kata "kan setiap kejadian itu diwujudkan secara berpasangan,itu kan adil namanya".

Jika itu erti keadilan yang hebat bagi dikata kenapa aku masih disini??

Bukan berniat menidakkan kuasa yang Esa.

Yang ku tahu ku masih belum sempurna....

Sunday, November 15, 2009

Big Project

Malas nak cakap pasal Fly.Fm concert tadi,malas nak cakap pasal slide presentation yang belum siap,malas nak cakap pasal balik ke tidak Raya Korban ni dan aku malas nak cakap pasal muka yang bertambah buruk.Yang aku tengah rajin nak fikir sekarang ni ialah "Big Project" aku tahun depan.Project yang bakal merubah hidup aku,hidup selam suku abad ini.Belum tahu apa keputusan yang bakal terjadi.Orang cakap kun fayakun.Aku selalu berdoa tiada masalah.Harap Semua OK.

Material dah terkumpul walau masih belum sempurna.Perlu "edit" kata orang putih bahagian-bahagian yang compang-camping.Masih perlu praktis perkara-perkara sukar.Masih teruskan usaha ibarat budak nak ambil ujian SPM.

Dalam nak merealisasikan sesebuah project,kita harus fikir baik buruk perkara itu.Beribu kali aku berfikir dan berfikir adakah perkara yang akan aku lakukan ini tepat dan betul.Berkali-kali juga aku hadapi kegagalan.Terlalu banyak dugaan di tengah jalan.Tapi,untuk berkata "tidak"
aku rasa itu bukan aku.

Bukan impikan yang terbaik,sekadar kepuasan hati dicari.Bukan pinta dipuji,tapi semangat yang dicari.

Doakan aku segala berjalan lancar.Ibarat lalu di laluan lurus tanpa simpang.

Monday, November 9, 2009

Kemenangan Pasukan Merah(bukan tumbang/rebah/sendeng/tersungkur)

Dua kekalahan dalam masa 2 minggu.Walau amat pedih,pahit,kelat namun sebagai penyorak pasukan terbest di abad ini,semua itu tiada maslah bagi diriku ini.Biasa la kalah kepad 2 pasukan yang baru nak meningkat naik,memang lain macam angin diorang main.Nak menang aje dengan pasukan terbaik di abad ini.Lagi-lagi pasukan yang penuh dengan sejarah tu.Pasukan veteran biru tu pulak,malas nak cakap lah.Main semberono je kerjanya.lagi-lagi baru dapat pengurus yang keberapa entah dalam masa 2 musim ni.Macam budak baru dapat ayah baru la katakan.

Tapi yang tak berapa sedap badan aku sekarang ini adalah,pasukan yang nak bermain dengan penuh skill dan ikut formasi yang cantik tu dah potong pasukan terbest di abad ini dalam ranking baru-baru ini(ingat dalam kelas je ke ada ranking??).Tapi aku berani jamin yang momentom pasukan penuh skill dan ikut formasi yang cantik tu tak bertahan lama.Aku bagi sampai hujung tahun ni je.Entah-entah time krismas dah pancit walau pun dibarisi kanak-kanak riang ria.Semua pakat-pakat main 3 per 4 season lepas tu kucar kacir.Lepas tu pasukan veteran biru haru biru pulak.Lepas tu pasukan terbest di abad ini mula mengorak langkah dan macam tahun yang sudah-sudah akhirnya champion.

Malas nak cakap lah......

Takziah juga buat pasukan merah tapi bukan pasukan terbest di abad ini walau pun pakai jersey merah atas kemenangan Piala Malaysia dengan jaringan 1 berbalas 3.Walaupun pengurus/jurulatih anda menyalahlah format FAM yang menyatakan setiap pasukan mesti meletakkan pemain bawah 23thn sepanjang permainnan dan mengakibatkan penalti dan gol ketiga perlawanan dan menyebabkan stadium seperti berada di "zon peperangan",itu bukanlah jawapan kepada permainan yang sememangnya hancur.

p/s:eh faham ke apa yang aku merepek ni??