Monday, May 23, 2011

bila dah berlaku tragedi, macam-macam ‘fatwa’ keluar, cukuplah, benci aku mendengarnya!

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Felcra Semungkis, Batu 14 di sini yang ranap dalam kejadian tanah runtuh semalam dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Pihak berkuasa tempatan itu tidak pernah menerima permohonan bagi membina bangunan terbabit sebelum ini.

“Kalau mereka mohon untuk membuat rumah ini sekarang, pasti tidak diluluskan kerana keadaan cerun yang terlampau curam iaitu melebihi 70 darjah,”

- kata Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman

.

Kerajaan akan memastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiap perkara dalam garis panduan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pula akan membuat pemantauan di kawasan-kawasan berisiko.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal tersebut.

- Menteri Wilayah Perseketuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

.

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor bukan sahaja dijadikan sebagai rumah yang menempatkan anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi turut digunakan untuk tujuan lain

Sehubungan itu, katanya, kementeriannya masih belum dapat memastikan status sebenar rumah kediaman tersebut.

“Jadi, kita tidak tahu rumah itu digunakan untuk apa dan ia bukan rumah anak yatim kerana ramai yang bermastautin di situ,”

- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jabatan Kerja raya (JKR) diminta segera mengkaji dan meneliti kawasan cerun sekitar kawasan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, jika terdapat ketidastabilan cerun.

Kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan.

“Kita minta JKR pergi melihat kawasan itu…sekiranya berlaku tanda-tanda tidak stabil, kita akan beritahu pihak yang berkenaan.

“Pihak kami akan siasat. Jika ini tanah persendirian, kita akan bantu. Sekiranya di bawah bidang kuasa JKR, kita juga akan bantu,”

- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor

.

.

SAK: Maaf Tuan, saya mahu muntah.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

diambil dari sini.

sori bro,ambil tanpa izin......

p/s: orang-orang besar jangan cakap ikut sedap mulut boleh tak?????


Monday, February 7, 2011

Rambut Sama Hitam

Dalam berkawan kita tak boleh lari dari bertemu dengan orang-orang yang luaran nampak baiak,sopan,peramah,alim tapi dalamannya....Aku tak terkecuali mempunyai kawan golongan seperrti ini.Aku mengistilahkannya "kawan" sebab aku tak kesah berkawan dengan sesiapa pun dan dari golongan mana sekali pun.

Kalau pun kau ni seorang yang peramah dan suka bergurau belum tentu kau boleh bergurau dengan semua orang lagi-lagi kau tak kenal sangat dengan orang nak nak kuau bergurau tu. Bukan semua topik kau boleh guraukan. Ape kau ingat semua orang boleh terima apa yang kau cakap dan macam semua hal kau tahu. Seolah-olah kau ni wikipedia?

Bila orang macam ni nak bergurau dengan aku,aku layan kan saja gurauan dia tu pada mulanya. Kalau dah malas nak layan aku lebih suka diamkan diri. Sebab bagi aku orang macam ni kalau kita layan, dia ingat kita ni suka gurauannya tu dan boleh cakap apa sekali pun.

Tapi bila aku dah tak tahan, mulut aku ni lancar saja membalas balik gurauan orang ni.Contoh macam ni la

A: Apesal kau ni,macam ngantu je...
aku baru nak buka mulut..
B: Bini dia tak bagi la tu malam tadi.

contoh lain...sedang lunch

C:Banyak gila kau makan
Aku: lapar gila weh...
B:Bini dia tak masak la pagi tadi tu,letih malam tadi kot.

contoh lain...


D:Serius dowh mamat ni buat kerja.
Aku:Banyak aku kena buat report ni.(sambil buat kerja)
B:Dia monyok sebab malam tadi tak puas la tu(sambil gelak-gelak)

Apa kau dah tak ada idea lain ke nak buat lawak dan bergurau?Suara kau yang macam nak bagi satu KL ni dengar satu hal. Lepas tu kau sedar tak kau ni macam nak menjatuhkan maruah orang? Tak guna kau tunjuk alim masa berjalan pun berzikir, selalu azan time zohor /asar dia surau tapi kalau perangai kau macam ni.

Kadang-kadang mulut orang macam ni bukan reti nak tutup.Bukan reti nak jaga hati perasaan orang. Semua kau bantai nk buat bahan lawak gurauan kau.

Pesan aku,berhati-hatilah. Aku balas sedas tadi baru sikit je tu dah merah muka kau. Mulut aku ni boleh tahan juga kadang-kadang.

Wednesday, January 12, 2011

Kalau ku tahu

Komposisi diri agak terurus sejak berdua. Makan pakai terjaga. Tidak seperti dahulu semua belasah saja. Cukup sekadar asal boleh. Tapi sejak berdua semua kena ambil tahu,jaga hati, ambil berat dan kena majukan diri ke satu aras yang lebih tinggi.

Cuma satu yang tidak elok,sakit kepala asyik menyerang kebelakangan ini. Pergi ke dokt or pertama katanya migrain. Pergi kedoktor kedua katanya perlu berkacamata. Bagi aku pendapat doktor kedua itu agak lah kurang bernas walaupun dia punya fakta sekalipun. Aku cuma berkaca mata hitam di waktu panas sahaja. Sekarang kalau matahari terik atas kepala memang aku disiplinkan diri agar berkacamata hitam. Bukan untuk menunjuk bagai tapi melindungi mata dan kepala aku ni. Kalau tidak mahu sampai ke malam terpaksa melayan denyut-denyut manja di kepala.

Puas juga Si Hati usul ke doktor pakar sambil membebel itu ini. Bagi aku yang dah terbiasa dengan denyut-denyut manja ini lepasa pekena parasitamol dan tidur lah ubat yang mujarab. Tapi lepas Amar, seorang MA di PPUKM menerangkan keburukan mengambil parasitamol yang sebenarnya membuatkan aku mati secara senyap lantas aku tidak lagi mengambilnya. Cuma sesekali sahaja,itupun jika sakit yang teramat sangat.

Memang doktor yang beri aku mc ada beri obat-obat yang pelbagai tapi secara jujurnya aku tidak kisah sama obat itu. Yang penting aku dapat mc yang ditandatanganinya.