Friday, October 30, 2009

Seken Chan Orang Cakap...




Anda percaya tak pada peluang kedua?


(kadang-kadang peluang kedua ni, mungkin jadi lebih baik, jadi lebih teruk atau sama saja dengan peluang pertama kan..)

Wednesday, October 21, 2009

Kekalahan Kuada Muda Naza Kepada N.9


....tidak semua yang kau inginkan akan kau dapat

tidak semua yang kau doa pasti makbul
tidak pasti sesuatu kejadian akan berlaku,

dan

tidak selalu perut kau akan sentiasa ok,kadang2 meragam juga..


tajuk diatas tiada kena mengena.tett.

Monday, October 12, 2009

Tahun Pertama Ku Yang Cemerlang,Gemilang,Terbilang

Menginjak usia setahun berada di blogspot membuatkan aku berasa amat bangga dengan diriku kerana penulisan bukanlah bidangku.Angka-angka juga bukannya rapat dengan ku sangat walau berdiploma kejuruteraan.Usia setahun membuatkan aku lebih matang,bukan dalam penulisan tapi pembacaan.Berapa ratus blog yang telah aku ceroboh dan baca walau tidak tinggalkan komen.Aku lebih senang membaca dari menulis walau bukannya rajin membaca pun.Saja membuang masa yang kadang terluang.Ada juga aktiviti yang boleh dilakukan.

Nak kuceritakan bagaimana ku bermula.Seingat aku aku mula-mula membaca blog Hidd.Itu pun aku terjumpa masa baca pautan dari mana ntah,dah lupa.Aku baca dari page pertama dia sampai lah yang terbaru.Sejak zaman bergaduh dengan x-bf nya sampai lah zaman dia kahwin dgn Adi lajak ke dah nak dapat baby ni.Aku masih follow lagi blog dia.Kira macam idola la kan.

Mulanya dulu aku berblog ni sebab terikut-ikut dengan trend.Orang buat blog aku pun nak buat jugak.Bru lah "in" kan.Tak de lah ketingglan bas namanya.Masa tu punya lah berkobar-kobar buat blog,tapi isi tak tau nak letak ape.Tak tau nak tulis ape.Semua blank je.Sampai sekarang pun aku ni jenis yang rajin untuk tak mengupdate blog ni.

Tapi pertemuan aku dengan rakan lama,Azat telah membuahkan benih-benih cinta untuk terus berblog dan bertenet atas beberapa asbab.Pertama,dia cakap dengan berblog boleh buat duit.Aku tak percaya.Setakat nuffnang tu bape sen sangat la kan.Kedua,dia cakap semua duit di hujung jari.Lagi la aku tak percaya,gila apa ada duit kat hujung jari ni??

Sebenarnya memang betul cakap kawan aku tu.Dengan macam-macam cara boleh dapat duit kalau kau pandai bertenet dan kau bertenet sampai mata kau lebam untuk dapat duit.Tapi dengan syarat kau duk atas kosi tu sampai kosi tu menjerit mintak tolong suh kau bangun la.Bukan ape,setiap saat tu duit kan.Benda ni aku belajar masa kena kencing dengan sorang kawan ajak joint bisness MLM.Binawe betul lu.

Dengan kepercayaan dua ratus peratus aku pada azat,juga dengan keyakinan aku kepada dunia blog dan tenet,aku berazam ubtuk terus berblog sampai aku lupa password nak login ini blog.Eh tak,sampai aku kaya.Macam ramai jutawan internet tu.Tengok kat surat kabo,sebulan boleh dapat juta-juta punya income.Masa tu aku dah tak payah fikir nak kerja makan gaji lagi.Aku resign dua puluh empat jam terus.Ape barang jadi jutawan nak kerja jadi kuli lagi kan.


p/s:selamat hari lahir bekam.
p/s II:Gila apa......

Wednesday, October 7, 2009

Merayap Di Central Market

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry

You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so fucking special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul

I want you to notice
When I'm not around
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

She's running out the door
She's running out, she run, run, run, run, run

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here


by:Radiohead

Monday, October 5, 2009

Yang lain-lain tu biasa-biasa aje

Ramai yang berentri selepas raya,jadi aku pun mengambil kesempatan nak buat juga walau pun macam "lemang dan basi" je.Tak apelah,ini belog bekam ok.Suka hati aku la.

Raya aku??

Tahun ni tak ada yang best sangat pun.Tiada perkara yang berada di luar pemikiran manusia yang berlaku.Semuanya biasa-biasa aje.Sebenarnya aku tak rasa feel raya sejak awal bulan puasa lagi.Walau kat giant puchong ni sejak 1 ramadahan dah gila pasang lagu raya tapi aku tak tergoda@teruja@ternoda nak beraya.

Persiapan raya yang ala kadar,semuanya di bundle.Baru lah orang kata rare.Sampaikan seminggu nak beraya aku masih tak ada rasa suasana hari raya waima balik kampung sambil mendengar lagu Sudirman(balik kampung).

Singgah Sg. Besar beli kuih tunjuk-tunjuk buat bekalan untuk emak aku.Sana sini orang pasang lagu raya.Tapi bagi aku lagu raya walau syahdu macam mana hati kat dalam ni rasa biasa je.Pernah gak terfikir dah buang tebiat ke aku ni?

Cuma pagi raya tu masa salam peluk cium mak,baru lah aku rasa eh,dah raya la...Rasa macam aku banyak buat dosa kat emak aje.Tak mengangis pun.Jiwa kental ok.Ziarah pusara ayah dan saudara yang lain,baca yassin.sempat amik gambar kat kubur lagi tu.Memang tak insaf betul aku ni.Ishhh....

Dah dua minggu lepas raya ni lagi la semuanya back to basic.Mengdapa kerja yang tak pernah habis.Kalau komputer tu boleh bercakap,dah kena maki aku ni.

Bagi aku,aidilfitri cuma disambut pada 1 syawal jer.Yang lain-lain tu biasa-biasa aje.