Monday, October 12, 2009

Tahun Pertama Ku Yang Cemerlang,Gemilang,Terbilang

Menginjak usia setahun berada di blogspot membuatkan aku berasa amat bangga dengan diriku kerana penulisan bukanlah bidangku.Angka-angka juga bukannya rapat dengan ku sangat walau berdiploma kejuruteraan.Usia setahun membuatkan aku lebih matang,bukan dalam penulisan tapi pembacaan.Berapa ratus blog yang telah aku ceroboh dan baca walau tidak tinggalkan komen.Aku lebih senang membaca dari menulis walau bukannya rajin membaca pun.Saja membuang masa yang kadang terluang.Ada juga aktiviti yang boleh dilakukan.

Nak kuceritakan bagaimana ku bermula.Seingat aku aku mula-mula membaca blog Hidd.Itu pun aku terjumpa masa baca pautan dari mana ntah,dah lupa.Aku baca dari page pertama dia sampai lah yang terbaru.Sejak zaman bergaduh dengan x-bf nya sampai lah zaman dia kahwin dgn Adi lajak ke dah nak dapat baby ni.Aku masih follow lagi blog dia.Kira macam idola la kan.

Mulanya dulu aku berblog ni sebab terikut-ikut dengan trend.Orang buat blog aku pun nak buat jugak.Bru lah "in" kan.Tak de lah ketingglan bas namanya.Masa tu punya lah berkobar-kobar buat blog,tapi isi tak tau nak letak ape.Tak tau nak tulis ape.Semua blank je.Sampai sekarang pun aku ni jenis yang rajin untuk tak mengupdate blog ni.

Tapi pertemuan aku dengan rakan lama,Azat telah membuahkan benih-benih cinta untuk terus berblog dan bertenet atas beberapa asbab.Pertama,dia cakap dengan berblog boleh buat duit.Aku tak percaya.Setakat nuffnang tu bape sen sangat la kan.Kedua,dia cakap semua duit di hujung jari.Lagi la aku tak percaya,gila apa ada duit kat hujung jari ni??

Sebenarnya memang betul cakap kawan aku tu.Dengan macam-macam cara boleh dapat duit kalau kau pandai bertenet dan kau bertenet sampai mata kau lebam untuk dapat duit.Tapi dengan syarat kau duk atas kosi tu sampai kosi tu menjerit mintak tolong suh kau bangun la.Bukan ape,setiap saat tu duit kan.Benda ni aku belajar masa kena kencing dengan sorang kawan ajak joint bisness MLM.Binawe betul lu.

Dengan kepercayaan dua ratus peratus aku pada azat,juga dengan keyakinan aku kepada dunia blog dan tenet,aku berazam ubtuk terus berblog sampai aku lupa password nak login ini blog.Eh tak,sampai aku kaya.Macam ramai jutawan internet tu.Tengok kat surat kabo,sebulan boleh dapat juta-juta punya income.Masa tu aku dah tak payah fikir nak kerja makan gaji lagi.Aku resign dua puluh empat jam terus.Ape barang jadi jutawan nak kerja jadi kuli lagi kan.


p/s:selamat hari lahir bekam.
p/s II:Gila apa......

1 comment:

susudalambotol said...

warghhh. nama aku ade kat situ. yes, best! ;)

thank u.
selamat tahun pertama!