Saturday, March 28, 2009

Kehangatan Dalam Kegelapan,Mungkin!!!

Rata2 orang bercakap pasal earth hour esok malam 8.30-9.30.Rata2 ingin sokong ,tak kira dalam blog,iklan kat tv3,radio atau kat paper dimainkan isu ini.Bagi aku itu satu tindakan yang bagus untuk menyelamatkan DUNIA ini.Dunia yang dah "semacam" jer bagi aku.

Dunia dah sakit baru nak kecoh.Kalau ikut petua doktor2,dia akan cakap mencegah lebih baik dari merawat kan.Tapi apa pencegahan yang kita dah lakukan??Contoh paling senang lah,dah ade kes sorang makhluk masuk hospital sebab denggi baru lah depa beriyer nak "sembur2".Bukit dah runtuh baru kecoh cakap cerun bahaya la.Padahal semua ni kocek dah masyuk kan.Aku bukan nak tuduh tapi kenyataan beb.

Tapi dalam kehangatan orang duk soksek pasal menda ni takde lak iklan pak ajis nyanyi lagu katak oh katak dengan budak pompuan tu ek??memang la pada zahirnya tak nampak kaitan langsung tapi bila pikir2 kan balik iklan tu amat sinonim dengan penyelamatan bumi ni.Iklan pak ajis tu pasal pencemaran sungai,ape takde kena mengena dengan dunia ni ker??

Bagi aku kita jangan setakat nak sokong esok malam jer,kalau boleh kurang kan penggunaan elektrik tu selama2 nya.Setakat sejam ape barang kan.Jangan hangat2 tahi ayam.(Dah la busuk).Contoh macam pemboikotan barang israel hari tu.Sekarang dah senyap jer.Dah ramai yang masuk balik Mcdonkel tu.(yela,promotion baekk kan).

Kalau lah berjam2 kita boleh jimatkan penggunaan elektrik,bukan saja kita boleh selamatkan bumi ni malah boleh selamatkan kocek ni gak.Contoh macam aku ni,dah 3 bulan tak bayar bil.Bukan apa sebab sikit sangat.Baik kumpul,bila dah banyak baru bayar kan.haha.

Tapi sebenarnya aku nak cakap sikit,lepas sejam kita turn off lampu esok malam kan.Nescaya kita akan bayar lebih kadar takrif penggunaan elektrik itu.Ini fakta bukan auta.Nescaya juga towkey tukang jaga elektrik negara akan tersenyum lebar.Yela kan baru2 ni diorang bising sebab cakap tahun lepas diorang rugi juta2.Esok malam boleh untung balik kot.haha..



papepon selamat kan lah bumi ini selagi ia boleh diselamatkan.Jangan lak ada meeting dalam suasana romantik esok malam.

No comments: