Monday, March 30, 2009

7 Side Open

Satu pertandingan Bola Sepak akan dianjurkan oleh kelab S.P.R bertempat di sebuah padang dalam daerah bukit gantang.Pada awalnya penganjur menjangka tiada mendapat sambutan namun terkejut beruk dengan sambutan yang hangat semalam.

Diberitakan sehingga hari terakhir menghantar borang penyertaan,semakin ramai pula yang berpusu-pusu mengerumuni seperti konsert jom heboh adanya.

Walau pada mulanya penganjur ingin mengadakan pertandingan menimbang bola secara individu asalnya,Kelab S.P.R terpaksa merombak dan menukar format pertandingan supaya menepati dan adil apabila bersetuju untuk meletakkan 15 orang dalam satu padang.14 orang bermain dan seorang pengadil....Tujuh sebelah.

Namun terdapat khabar2 angin yang peserta ini akan menarik diri mungkin kerana sakit perut,cirit birit,anak demam,atuk kahwin lagi serta kucing mati di tengah jalan...Kemungkinan ini kan berlaku,kita sam-sama tunggu dan lihat nanti..

No comments: