Tuesday, December 30, 2008

4H3M!

4H3M.Ni bukan formula sebatian kimia atau nombor pendaftaran kereta baru aku.Kereta yang aku tempah masih belum aku dapati kerana aku tidak mampu pun untuk membooking.4H3M ialah tempoh masa aku berada di kampung aku yang nuunn jauh di selatan Perak.Kat mana tu cari sendiri lah.Dalam perjalanan aku mereka-reka aktiviti yang akan dilakukan.Aku rindu pada nyamuk.Aku rindu pada masakan bonda ku.Aku rindu pada pokok nyor.Aku rindu pada anak Makcik Bedah (tapi anak dia dah kahwin).Aku rindu pada segalanya.Semahu-mahunya aku akan melepasakan rindu ku pada semua yang aku rindu.

Percutian ku kali ini amat bermakna sekali.


Percutian 4H3M aku telah diisi dengan makan,tidur,berak,tengok tv,makan dan tidur.Oh indahnya...Amat bermakna kan percutian ku ini.

p/s:tiada gambar2 indah semasa percutian ku ini..hahahahah

No comments: