Friday, December 19, 2008

Boleh Membunuh.



Aku cukup pantang dan benci serta sumpah seranah bila aku makan pape kat kedai,tiba-tiba aku terkunyah kulit telur atau seketul garam dalam kuantiti besar.Sakit hati aku ni,terpaksa luahkan dan termuntah balik makanan yang aku makan.Dan ini boleh mengurangkan kuantiti makanan yang masuk dalam perut aku lantas boleh menyebabkan aku lapar kembali kan.

Dah banyak kali aku kena,kat
fudkotMJ sekali,masa aku study kat Tg. Malim sekali.Kedai BP(studen psas masti tau kedai ni).Banyak lagi la.Sampai kadang-kadang aku kuis-kuis nasi goreng sebab risau benda tu jadi balik kat aku.Memang boleh bunuh selera aku tul la!

Dan aku paling menyirap ialah bila aku panggil taukey kat kedai tu dia boleh tuduh aku sengaja letak barang-barang tu sebab nak sabotaj dan makan
free kat kedai dia.Pala hotak kau lah..Ingat aku takde duit sampai nak buat macam tu ke?Aku tinggalkan jer makanan dan aku tak bayar pon.Padan muka kau.Kawan-kawan aku masa tu pon bagi sokongan kat aku dengan cara memblahkan diri dari situ gak walau pon nasi diorang ok dan diorang secara automatikney makan free.

lahabau sungguh sokongan kawan-kawan aku ni kan...

p/s:nasi goreng diatas tiada kena mengena dgn entri ini.sekadar pemandangan indah tika lapar.

2 comments:

susudalambotol said...

kalau setakat ada kulit telur dlm roti telur tu selalu kena, tp kalau ada binatang seperti lipas ke apa belum lagi. loya tekak kejap.

bekam said...

ade sekali mkn mee rebus yang ada perisa tambahan iaitu ekor cicak...sedap kan...