Monday, August 31, 2009

SAMPAI BILA NAK BERSEKEDUDUKAN??edit!!

Sampai bila:

1.Rakyat nak beratur panjang di kaunter kerajaan?

2.Rakyat nak hadapi kemelut “Gula Habis” menjelang musim perayaan?

3.Rakyat nak hadapi masalah tiket bas menjelang musim perayaan?

4.Rakyat miskin terus miskin tanpa dibantu?

5.Nak tengok ranking bola sepak Malaysia di angka seratus?

6.Nak main-main dengan harga minyak ni??????????????????????



31.08.57.31.08.09.52



Friday, August 21, 2009

Kau Datang Lagi

Ada orang makan dengan lahap

Ada orang makan dengan banyak

Ada orang sedut nikotin bagai

Ada orang pergi disko kali terakhir

Ada orang minum dengan banyak

Ada orang laku maksiat dengan seronok

Ada orang sentuh bini dengan senyum

Ada orang skodeng orang

Dilakukan sebelum terlewat

Sebelum muncul fajar esok

Semua dengan satu asbab...


Selamat Berpuasa.

Monday, August 17, 2009

Apa nak jadi??

Apa akan jadi jika:

1.TM dah tak sponsor Liga Malaysia?

2.Pertonas dah tak bagi duit pada negara?

3.Cukai dan duti import dimansuhkan?

4.Rakyat dah tak payah bayar segala cukai?

5.Rakyat dah tak bayar tol?

6.Rakyat dapat pendidikan percuma secara total (tiada segala yuran-yuran)?

7.Rakyat dapat perkhidmatan kesihatan percuma?

Friday, August 14, 2009

Perginya Tak Kembali

Masih belum terlambat untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Asri serta kumpulan Rabbani. Pergi Tak Kembali sebuah karya yang dilantunkan untuk pemint juga dirinya sendiri.Kini tiada lagi alunan gemersik suaranya.Yang tingal hanyalah kenangan senyuman yang sentiasa menguntum dibibirnya.

Al-Fatihah...

Friday, August 7, 2009

Yang penting jangan buat muka kerek lu.

Di Pertama Comlplex ada,Sungei Wang ada,Low Yat ada,kat pasar malam pun ada.Eh ni bukan kisah ikan siakap atau ikan kembung.Bukan juga pasal skinny jeans paling menarik.Tapi kisah manusia.Manusia yang rajin tanpa disuruh dan kemudian tanpa segan meminta pula.

Apa yang aku merepek petang senin ni?Ni kisah mat-mat pit di parking motorsikal berhampiran complex sekitar ibu kota ni.Aku takda masalah dengan golongan ni.Aku tak anti mereka.Biar lah cara hidup mereka macam tu.Sikit pun aku tak pandang rendah atau pandang sebelah mata pada golongan ni.Mereka pun aku rasa warganegara Malaysia juga.Masih 1 malaysia juga.Cuma mungkin ada silap kat mana-man part yang menybabkan golongan ni jadi macm ni.Ah biarlah...

Bila aku pergi Pertama atau sekitar Sg. Wang naik motor aku kalau boleh nak mengelak parking di tempat yang ada mat pit ni.bukan sebab takut atau kedekut tapi macam satu perasaan serba salah.Bila aku nak park je diorang terus datang tolong ejas motor aku.Seba salah yang aku maksudkan bila time aku nak balik tu.Mula lah nampak muka kasihan diorang ni.Diorang ni setahu aku tak pernah pun mintak upah tapi faham-faham je lah kan.Kalau bell boy hotel tu korang boleh hulur sepuluh tak kan dengan diorang ni seringgit pun kemut.

Orang boleh bagi alsan kenapa tak park je kat parking yang betul,yankni yang berbayar.park kat tepi jalan pun kena bagi mat pit gak.Ok, itu ada betulnya.tapi faham-faham lah kalau pergi time wekend.Ingat parking kereta je ke yang penuh?.Tu lah,kalau kau datang parking motor lepas tu buat muka kerek kat diorang ni,jangan terkejut kalau motor kau pancit atau calar.Lepas tu mula lah kecoh motor LC kesayangan kau tu calar ke hape.

Bagi aku,kalau boleh cari parking kat tempat yang berbayar walau pun belum tentu motor kau selamat kan.Kalau tempat tu penuh gak,baru la "sidai" motor kau tepi jalan yang di jaga oleh gologngan mat pit ni.Lepas tu hulur la seringgit.Kalau tak nak anggap tu sebagai upah,anggap jelah kau bagi sedekah kat diorang.dapat pahala lagi tu.Insyaallah motor kau selamat kat situ.

Jangan tanya aku cara nak banteras golongan ni yang bermaharajalela di kawasan parking motor ni.Payah nak aku cakap.

Yang penting jangan buat muka kerek lu.

Monday, August 3, 2009

Siang Berdemontrasi Malam Makan Nasi











p/s: nasib aku baik sempat datang untuk makan.