Monday, July 27, 2009
Thursday, July 23, 2009
Friday, July 17, 2009
Oh Tuhan...
Oh TUHAN,tolonglah hamba mu yang lemah itu.Berikanlah kekuatan kepadanya agar dia dapat menghadapi saat-saat getir in dengan tenang.Berikanlah kekuatan agar dia mampu berjuang.Berikanlah ketenangan di hatinya.Berikanlah dia semangat yang waja agar terus berdiri.Redupan matanya telah membuatkan hati ku ini terperosok ke lembah.Walau pun aku jauh darinya aku berharap kau akan sentiasa sihat.
amin….
Wednesday, July 15, 2009
gampang
Aku menulis ikut perasaan.Tak,bukan macam tu sebenarnya.Yang betulnya ialah,aku ni jens menulis ikut mood.Gila apa aku tulis ni?Ah lantak lah.Kalau mood aku macam gampang,tak
Sekarang ni mood aku memang agak celaka sikit.
Tak tahu kenapa.Mood aku ni boleh bertukar dalam sekelip mata kearah kegampangan tapi amat susah kembali kearah kecerian.Itu memang perangai aku yang aku fahami sejak azali lagi.Dan yang peliknya bila mood macam ni aku boleh “layan” sampai kadang-kadang dua tiga hari.Aku rasa macam seronok bila berkeadaan sebegini.Kalau lah aku berlakon untuk watak depress ke,watak sedih gila ke sekarang ni,mungkin aku menang awar kat shoutaward la.
Kalau orang yang dekat dengan aku,yang biasa dengan aku mungkin mereka perasan dengan perangai aku yang satu ni.Tapi pernah lah juga orang yang aku anggap rapat dengan aku,tapi….biarlah ayat ni tergantung macam tu,baru gampang sikit
Palat
Semacam mengelak air laut yang mencurah di pantai tapi hanya berdindingkan kain kanvas…
Apa yang nak aku cakap di sini ialah aku memang kejam!!
Monday, July 6, 2009
Ayat Dalam Lift 1:
Aku bekerja di satu bangunan yang agak tinggi.Dan semestinya aku tidak menggunakan tangga untuk sampai ke pejabat aku di tingkat 12.Aku menggunakan lift pagi,tengah hari,dan petang.Setiap hari macam-macam fiil aku nampak dalam lift.Macam-macam diorang ni bersembang.Dari isu H1N1,tudung ekin,kereta rosak tepi jalan,artis tu kantol,masak lomak cili api dan sebagainya. Maka dengan itu lahirlah Ayat Dalam Lift yang aku dengar setiap hari.Ini adalah di antaranya.(panjang benor intro ni).
“Dulu aku pernah pergi kenduri kahwin kawan aku bawa anak aku yang baru seminggu.Merah lagi tu”.
“Bini kau ikut?”.
“Yelah,sapa nak pegang anak aku?.Dia jalan slow-slow je.Tapi kitorang kejap je.Lepas makan,salam-salam terus balik”.
“Kejam la kau”.
Friday, July 3, 2009
Ceramah Perdana Di Pentas Nyanyian:
***
Tiba-tiba aku rasa perasaan yang susah digambarkan.
Aku text Pudin.“Malam ni belanja aku karaoke.“
Pudin reply.“Aku buzy malam ni“
Aku reply. “Dari Sinar Mata dah memanggil ni”.
Pudin reply. “Malam jumaat ni.Aku nak baca yassin”.
Aku reply. “Lepas baca yassin aku amik kau”.
Pudin reply. “Ok set,7.00 kau amik aku”.
Aku reply. “Kau baca yassin lepas asar ke?”.
Pudin reply. “Yang penting niat beb”.
Aku Reply. “7.00 tau.Ok set”.
***
Kejadian semalam hampir tamat waktu kerja.Selepas menggunakan teknologi canggih sms dengan Pudin ,abang aku text aku pulak.
“Malam ni tolong angah cat rumah baru,WAJIB!!”.
Perkatan yang last sekali tu terus membunuh niat aku nak melalak.Sebagai adik yang baik lagi kacak akut patuh mengingatkan angah dah banyak “tolong” aku sebelum ni.Aku akhirnya berkaraoke sambil pegang roller.