Friday, July 3, 2009

Ceramah Perdana Di Pentas Nyanyian:

Sedang aku buat kerja di pejabat sambil mendengar lagu di weenamp tiba-tiba lagu Dari Sinar Mata berkumandang.Lagu BPR ini memang berhantu dulu-dulu walaupun aku masih pakai lampin masa lagu ini tengah ngetop.Tapi impaknya sampai ke hari in,lagu masih lagi berhantu.

***

Tiba-tiba aku rasa perasaan yang susah digambarkan.

Aku text Pudin.“Malam ni belanja aku karaoke.“
Pudin reply.“Aku buzy malam ni“
Aku reply. “Dari Sinar Mata dah memanggil ni”.
Pudin reply. “Malam jumaat ni.Aku nak baca yassin”.
Aku reply. “Lepas baca yassin aku amik kau”.
Pudin reply. “Ok set,7.00 kau amik aku”.
Aku reply. “Kau baca yassin lepas asar ke?”.
Pudin reply. “Yang penting niat beb”.
Aku Reply. “7.00 tau.Ok set”.

***

Kejadian semalam hampir tamat waktu kerja.Selepas menggunakan teknologi canggih sms dengan Pudin ,abang aku text aku pulak.

“Malam ni tolong angah cat rumah baru,WAJIB!!”.


Perkatan yang last sekali tu terus membunuh niat aku nak melalak.Sebagai adik yang baik lagi kacak akut patuh mengingatkan angah dah banyak “tolong” aku sebelum ni.Aku akhirnya berkaraoke sambil pegang roller.

No comments: