Tuesday, December 8, 2009

Tak lepas kemana pun ini suara

Sekali lagi DIA diberi peluang berada bersama-sama dengan orang yang layak secara merit.DIA ni memang sudah tidak layak secara merit tapi layak secara belas ihsan/pilih kasih/ikut suka hati aku/aku kan presiden dll.

Setelah dikira/dihitung/digali lubang DIA tiba-tiba layak bersaing dengan orang yang layak secara merit.Berhempas pulas,strugle gila babi.Sedangkan DIA macam "main-main"/banyak hutang/banyak masalah tapi tetap berda dalam lingkungan yang layak.

Mana dia keadilan kepada yang lain??Yang tunggu untuk berada bersama-sam yang layak??

Sampai bila keadaaan ini akan berlaku?Mungkin sampai tuan DIA tiada kot.Kawan aku dulu(arwah Aie) pernah cakap,selahi tuan DIA berda di singgahsana,selagi itulah DIA akan selamat.Walau pun lahiriahnya DIA ni lembut/lemah/gemalai/perosak/kedekut dll.

Ini lah senario ini negara.Selagi kau ada sapa-sapa yang kau kenal yang berada di singgahsana/kabel kuat/kabel besar/kabel dasar laut/orang besar,selagi itulah kau akan selamat di dunia.

Jangan nak salahkan askar yang kau hantar di medan perang jika ini perangai kau mentadbir pasukan gembala.Jangan kau mimpi mahu takluki "DUNIA" jika diserantau pun masih berpinau.Jangan kau ingat pasukan lain diam/tunduk/membisu kau boleh buat suka hati kau.

Tapi siapa aku mahu bersuara.Tak lepas kemana pun ini suara.





p/s:pandang kebawah/dengar/jeling/peka/ambil tahu/buat

1 comment:

Anonymous said...

saya percaya, walau satu orang bersuara, tetap dia mampu mengubah pelusuk dunia!

lambat atau laju. i guess we will never know that. kecuali Tuhan

:)