Sunday, December 27, 2009

Antara Air Mata & Air Liur

Walaupun tiap-tiap petang kat sini hujan turun dengan tak belas kasihan,tapi bebudak lebih seratus orang ni plan nak pi mandi sungai ke kolam apa ntah.Tak faham betul aku.Dah tau petang hujan,petang je hujan, plan la pi mandi malam ka,subuh ka.Baru la sedap sikit nak terjun tiruk.Pedulikan ja cuaca yang sejuk.Dah memang kat sini suhu sejuk dia melampau mengalahkan Alaska.Kau mandi tengah hari pun kau rasa macam mandi subuh walau air paip kan.

Lupa pulak aku nak bagitau.Aku sekarang ni berada di sebuah daerah terpencil yang penuh dengan sejarah.Masih lagi di Malaysia.Kalau ikut kan aku,nak ja aku ajak kursus kat London tapi bajet ciput la pulak.

Walau apa-apa pun tempat ni memang terbaik.Tak payah pergi zoo nak tengok monkey,dia akan datang sendiri kat bilik kau.Sebijik macam room service.Malam-malam kalau kau bernasib baik boleh dengar askar main tembak-tembak kat hutan.Kalau nasib tak baik,tengah kau jalan-jalan kena peluru sesat aku tak jamin.

Makanan sini paling terbaikkk.Kali pertama aku makan nasi minyak dengan sambal belacan.Tapi nak jumpa lauk ayam payah sikit.Mungkin ayam-ayam sini diorang eksport pi Siam kot.




bersambung........

Tuesday, December 8, 2009

Tak lepas kemana pun ini suara

Sekali lagi DIA diberi peluang berada bersama-sama dengan orang yang layak secara merit.DIA ni memang sudah tidak layak secara merit tapi layak secara belas ihsan/pilih kasih/ikut suka hati aku/aku kan presiden dll.

Setelah dikira/dihitung/digali lubang DIA tiba-tiba layak bersaing dengan orang yang layak secara merit.Berhempas pulas,strugle gila babi.Sedangkan DIA macam "main-main"/banyak hutang/banyak masalah tapi tetap berda dalam lingkungan yang layak.

Mana dia keadilan kepada yang lain??Yang tunggu untuk berada bersama-sam yang layak??

Sampai bila keadaaan ini akan berlaku?Mungkin sampai tuan DIA tiada kot.Kawan aku dulu(arwah Aie) pernah cakap,selahi tuan DIA berda di singgahsana,selagi itulah DIA akan selamat.Walau pun lahiriahnya DIA ni lembut/lemah/gemalai/perosak/kedekut dll.

Ini lah senario ini negara.Selagi kau ada sapa-sapa yang kau kenal yang berada di singgahsana/kabel kuat/kabel besar/kabel dasar laut/orang besar,selagi itulah kau akan selamat di dunia.

Jangan nak salahkan askar yang kau hantar di medan perang jika ini perangai kau mentadbir pasukan gembala.Jangan kau mimpi mahu takluki "DUNIA" jika diserantau pun masih berpinau.Jangan kau ingat pasukan lain diam/tunduk/membisu kau boleh buat suka hati kau.

Tapi siapa aku mahu bersuara.Tak lepas kemana pun ini suara.





p/s:pandang kebawah/dengar/jeling/peka/ambil tahu/buat