Thursday, August 1, 2013

Malam Malam Ramadhan Terakhir

Bukan ingin menjadi penulis yang hebat, cuma merasa ada bakat untuk  merepek. Tak ada orang yang sanggup baca dan singgah pun tapi peduli apa dengan semua itu.

Apa yang berlaku di malam terawih yang lalu ialah apabila kanak-kanak datang ke surau/ masjid dan membuat bising. Ada la seorang AJK mungkin, selepas rakaat kedua terus diherdik "Hoi, hapa niiiii....". Ramai jemaah yang berpaling dan ada yang cuma menggelengkan kepala. Samada bersetuju dengan Pakcik AJK atau tidak bersetuju dengan cara dia mendidik anak-anak yang datang ke surau.masjid.

Bagi aku itu bukan cara yang baik. Dengan suara yang lantang, ditambah pula menghalau anak-anak ini akan membuatkan mereka rasa semakin jauh dari surau/masjid. Mungkin mereka akan terus tak datang lagi dah. Itu ke cara seorang AJK?....

Ok sambung lain....aku dah mula merepek dah ni. Ayat merepek meraban dah keluar.....

No comments: