Wednesday, February 18, 2009

Semalam yang Hangat (kelmarin sebenarnya)

Aku susah-nak-masuk dengan pendatang asing aspeacialy dari Indo.Aku bukan la anti sangat pada mereka ni tapi kadang-kadang tingkah laku diorang tu buat aku menyirap.Dah macam-macam kes jenayah yang kita dengar.Dengan kes pecah rumah,mencuri,rogol,bunuh, macam-macam lagi la.Dan satu yang aku paling bengkak hati bila diorang ni jenis pandai black magic.Yang ni aku memang tak boleh kata apa la..

Akak aku ada sebuah rumah yang disewakan kepada pendatang Indo ni.Aku pun tak tahu macam mana akak dan abang ipar aku boleh bagi pada PATI ni.Boleh dikatakan setiap bulan Indo ni liat nak bayo duit sewa sampai kadang-kadang dah tengah bulan depan pun tak bayo2 lagi.Diorang ni dah menyesal sebab bagi rumah tu kat Indo tapi nak buat macam mana bila suruh pindah jer dan-dan trus bayo duit sewa.



Tapi malam semalam akak aku dah tak tahan sangat2.Pagi tu dia call ckp nak bayo petang,so akak aku datang time petang tapi dia takde lak kat rumah,biarkan anak bini yang ngadap akak aku.Dia cakap malam nanti dia balik dia bayo.Akak aku masa tu dah start angin sebab janji
manismu
nya itu.


Malam tu datang lagi.Kali ni dia bawa sorang lagi sedara laki dia ntah sape aku pun tak kenal.mungkin nak gertak kot.Dia call aku suruh datang sekali.Aku dah agak mesti naik antu akak aku ni.. Malam tu,akak aku,laki dia,sedara laki dia,anak dia ,aku,abang aku, anak abang aku datang rumah sewa tu.Nampak macam nak berperang lak,tapi kitorang di pihak yang betul.Nak takut pejadahnya.Seperti biasa,laki Indo tu menghilangkan diri.Belum balik lagi.Call2 tak dapat.


Telah ku duga akak aku memang naik antu,dia suruh diorang keluar malam tu jugak.tapi yang best tu,Indo tu boleh lak nak report polis sebab kitorang datang menyerang dia kat "rumah dia" konon..Abang aku tanya ni rumah sape??dia terus diam.Aku malas nak masuk campur sebab kalau aku tak cakap pakai mulut tapi pakai tangan jer.. Agak riuh malam tu,ramai ahli "mesyuarat tingkap" yang jenguk ikut tingkap.Jiran sebelah rumah datang konon nak redakan akak aku,tapi tak kena gaya macam nak backup Indo tu lak..Akak aku ni memang angin skit,tapi laki dia tu agak cool.

Sampai aku taip entri ni aku tak tau apa cita rumah tu.Dah dapat duit sewa atau hdah halau diorang.Apa yang aku harap,kalau diorang tu dah pindah jangan lak diorang jahanamkan rumah tu.Susah nak cakap hal2 macam ni.



p/s:semua gambar di atas adalah sekadar hiasan

No comments: