Wednesday, April 22, 2009

Sama Dia

Aku tak suka nak berbicara tentang sesuatu yang berkaitan dengan perasaan.Yakni perasaan yang melibatkan dua susuk makhluk tuhan.Sebab ape?Sebab sebenarnya ia seperti dinding konkrit.Dinding konkrit?Bukan sebab batasan yang ada dalam perasaan atau hubungan itu.Dilahirkan di bumi Malaysia dididik dengan adat,hukum hakam memang membataskan pergaulan tetapi konrkit yang aku maksudkan ialah kita kadang-kadang tak boleh nak puaskan kehendak atau imaginasi orang lain.Dalam konteks orang yang berkongsi perasaan sama kita.

Jika di tanya samada aku sayang sama dia tentu aku kata ya.Mana mungkin ada yang berkata tidak pada si jantung.Mungkin berkonfrantasi jika tidak jawapannya.Tapi aku agak susah untuk memberi jawapan jita ditanya kenapa dan mengapa aku sayang sama dia?Apa yang membuatkan aku tidak boleh tidur lena mengenangkan dia?Kenapa?Mengapa?Kenapa?Mengapa?

Aku memang susah hendak mencari jawapan yang paling sempurna waima ditanya oleh sama dia.Walau aku pernah beritahu aku sayang sama dia kerana begini-begini tapi dalam lubuk hati ku ni seolah-olah sengaja direka jawapan itu.Bukan sebab aku tak sayang sama dia tapi bagi aku sudah cukup sempurna bagi aku jika sudah jumpa orang yang aku rasa boleh ngam dengan aku.Tidak semestinya serasi,punya hobi yang sama,pakaian yang sama.sudi berkongsi barang yang sama.

Bukan.

Tapi cukup bahagia aku jika aku dapat membahagiakan dia,menyenangkan hati dia.Dan yang pasti boleh membuat aku "senyum".Walau mungkin perangai yang berbeza dengan aku tapi jika pembawaan kami boleh bercantum dalam dulang air yang sama, itu tidak mengapa bagi aku.

Bukan tidak pernah dia katakan, aku ni penyabar dengan perangai dia.Perangai yang susah bagi sesetengah lelaki.Tapi aku rasa perangai dia itu walau kadang-kadang aku senang tapi sedikit sebanyak berpunca dari aku juga.

Kata orang aku ni super cool.Mungkin juga berbanding dengan dia yang sentiasa mahukan yang terbaik,yang terindah.Aku juga manusia biasa tapi mungkin aku ni suka pada kerja-kerja last minute yang menyebabkan aku dapat title super cool tu.

Aku juga selalu bikin hati panas sama dia kerana perlakuan endah tak endah yang sedari kecil.Bukan bermakna aku ingin cakapa sama dia"dah memang saya macam ni nak buat macam mana" atau "ni memamg perangai saya,so tolong faham".

Bukan.

Orang kata kita boleh berubah perangai bila bercinta.Aku agak benda itu betul lah kot.Tapi macam tak relevan pada aku sebab aku tak berubah sangat pun.Macam dulu-dulu juga.Antara kawan dan sayang selalu diungkit.Aku pantang jika soal ini berkumandang.

Walau macam mana lidah yang tergigit tak mungkin dapat memutuskan terus lidah itu kan...



3 comments:

Zulfadli Zainal said...

kalau dah ngam,susah nak cari kenapa ngam.bila fikir boleh jadi tak ngam.

Unknown said...

heheh..tq2 yek...we support each other..

bekam said...

melon,
aku sokong 110% sama kau

minah keris,
zaman stadu lagi besh dari zaman koje ni...sumpah!!