Thursday, April 30, 2009

Tentang Belalai Gajah

dicuri dari http://butterflyinframe-daramanisku.blogspot.com/...no komen


GAJAH OH GAJAH

entri kali ni nak cerita perihal gajah..

Gajah adalah seekor binatan berkaki empat, bergading dua, berbelalai satu. apa ada pada angkat 4, 2, 1?? aku pon tak tau. rasanya tak ada maksud apa-apa..cumanya diciptakan Tuhan kemudahan-kemudahan ini untuk gajahian adalah untuk kepentingan mereka jugak..

pernah tengok seekor gajah mengangkat belalai dengan angkuhnya?? seperti beliau saja yang ada belalai..hello..gajah lain pon ada belalai jugak. mungkin tak sama panjang saja. gajah oh gajah..selalu saja angkuh dengan belalai yang besar, dan suara yang nyaring seperti ning baizura.

pernah dengar atau baca berita tentang gajah masuk kampung?? aku pernah baca..tapi beliau belom pernah masuk kampung aku..sbb aku tidak tinggal di kampung. hanya tinggal di sebuah taman yang ketat dengan kawalan keselamatan oleh pengawal2 bawah umor dan juga yang terlebih umur yang memakai ketayap.bersembang di atas motor sambil menghisap rokok, bertazkirah di tangga2 surau..pastinya mereka juga seperti gajah bukan?suka keluar malam..

ok..masuk ke plot asal..

satu keluarga gajah lebih kurang dalam 3 1/2 ekor, sbb yang satu masih lagi kecil jadi ekornya blom tumbuh sepenuhnya, keluar ketika lewat malam melintas sebatang jalan di lebuhraya pantai timur. agaknya mahu supper..setibanya di selekoh sebuah kereta yang sedang memasang lampu tinggi, tetapi belum buleh menyuluh sehingga tinggi pokok kelapa pun,terkejut melihat sekawan gajah yang berbontot besar melintas..

shrrriikkkkkkk...brek di tekan. mcm tu lah kot bunyi nya.

gajah-gajahs (plural perlu tambah S cikgu BI cakap) itu berhenti sambil menyanyi dengan nyaring ala-ala nig baizura ..'Cinta kita di akhir garisan!!!!" sambil mengangkat belalai yang besar untuk mencapai high note atau falseto.(perlu tanya syafinaz jugak tapi jgn tanya siti hajar kerana dia hanya tau membuat buih di mulut saja) . gajahs tersebut nyanyi kerana difahamkan oleh ahli national geographic terkenal, bapak sedara aku , gajah tidak suka dengan nyalaan lampu. mereka anggap lampu itu musuh. musuh atau mereka tak nak org nampak katarak di mata mereka, itu aku tak pasti, hanya gajah itu saja yang tahu. Ironinya mereka tak takut pulak dengan cahaya matahari..hmm..

sebelum terpesong, aku smabung balik..

lalu kereta itu pon mematikan lampu, dan memberikan laluan kepada gajah tersebut. tapi gajah tersebut tidk meneruskan hajat untuk melintas untuk supper, sebaliknya gostan semula dan masuk ke habitat mereka semula. mungkin mereka merasakan waktu itu tidak selamat untuk supper. mungkin esok saja mereka meneruskan niat untuk berpoya-poya.

kereta itu meneruskan perjalanan dengan rasa syukur dan harap tidak ada lagi gajah yang keluar untuk breakfast pula..

Pengajaran : Jika kamu terjumpa dengan gajah yang tengah marah, jangan kamu tambahkan lagi marahnya walau dengan apa cara sekalipun.

dan jika kamu terjumpa dengan gajah yang angkuh, tinggalkan saja gajah itu. biarkan dia dengan kenagkuhannya kerana sesuangguhnya keangkuhan gajah itu hanya akan menjelakkan kamu. dan tidak selama-lamanya gajah itu akan angkuh.

Jika kamu mahu gajah itu terus senyum kepada kamu , berilah ia tebu selalu..

kamu gajah atau aku gajah??
bodohlah! kalau kamu jadi gajah, aku bukan gajah lah.
tapi kalau kamu x nak jd gajah, aku lah jd gajah!!

sekian..kalau ada sesapa yang merasakan cerita ini sengal, ketahuilah aku sedang sengal sekarang!!! argHHHH!!!!!

No comments: