Tuesday, February 24, 2009

Tengah Hari Ku Yang Pelik Tapi Tak Jelik

Tadi tengah hari aku makan di futkot salah satu menara yang agak gah di malaysia..Bukan aku tak pernah makan di situ tapi tak tau kenapa aku hampir pitam dengan kejadian tadi.Aku rasa macam orang asing kat sana.Terdapat beberapa kejadian yang bagi aku agak pelik bila aku nak turun.Ni dia:
1.Menara ni ada dua site.Ada dua lift yang pergi another wing.Aku sesat cari lif yang sampai terus UG.
2.Dah jumpa lif yang betul,aku tunggu.Tengok ada lampu lif yang menyala tapi isyarat lif naik dan ramai orang...Tiba2 lif yang sama berlampu lagi dengan isyarat naik sekali lagi tapi orang dah kurang.Sela masa kedua-dua lif tadi dlm 1 minit.Aku pandang kwn aku,kwn aku pandang aku.
3.Bila dah belampu lif isyarat turun, aku masuk.Tapi lif tu tak pergi UG.Lif tu pergi G.Aku memang dah konfiden tadi aku turun lif yang betul.Yang ni aku betul2 konfiden gila...

Sampai sekarang aku tak berjaya merungkai permasalahan ini.Aku bertekad esok aku nak pergi makan kat sana lagi.Aku perlukan kepastian dan ketetapan.Naluri aku tetap percaya pada "kekonfidenan" aku tadi.....

ajal aku dah nak sampi kot...

Monday, February 23, 2009

Saluran Tersumbat

Jumaat malam pergi ke mamak wifi sampai jam 2 pagi.Balik rumah sambung main solitare.Gila tak ade kemajuan sungguh aku..Ntah pukul berapa aku tertidur ntah.Malam tu aku mimpi menang beso kat genting.Pulak dah.

Sabtu malam layan Geng dengan Albar,Min,Pudin.Budak beso yang dah tua bangka tengok cerita budak2.Tapi sumpah aku cakap malam tu ramai yang dah tua bangka memenuhkan seat sambil sambil telinga mendengar suara budak2 menceritakan yang-dia-tau-ape-jadi-lepas-babak-tu.

Pape pun aku bangga anak tempatan sudah boleh bikin pilem sebegini ropenyer.Agak sesuai dengan selera aku dari kacamata takde ilmu perfileman.

Balik nonton geng,lepak kedai sampi 3 pagi.menyaksikan kemenangan m.u.Aku suke yang ni.Semalam m.city draw dgn liverpool.Haha.

Siang ke malam semalam aku rasa ade saluran pernapasan yang tersumbat.Kerongkong teraser perit sangat.Ntah kenaper agaknya.Tapi takkan sebab m.u menang kot.Sampai pagi ni aku rasa kepala tintong ya amat sangat.

Ah,aku rasa nak balik tido la....

Wednesday, February 18, 2009

Semalam yang Hangat (kelmarin sebenarnya)

Aku susah-nak-masuk dengan pendatang asing aspeacialy dari Indo.Aku bukan la anti sangat pada mereka ni tapi kadang-kadang tingkah laku diorang tu buat aku menyirap.Dah macam-macam kes jenayah yang kita dengar.Dengan kes pecah rumah,mencuri,rogol,bunuh, macam-macam lagi la.Dan satu yang aku paling bengkak hati bila diorang ni jenis pandai black magic.Yang ni aku memang tak boleh kata apa la..

Akak aku ada sebuah rumah yang disewakan kepada pendatang Indo ni.Aku pun tak tahu macam mana akak dan abang ipar aku boleh bagi pada PATI ni.Boleh dikatakan setiap bulan Indo ni liat nak bayo duit sewa sampai kadang-kadang dah tengah bulan depan pun tak bayo2 lagi.Diorang ni dah menyesal sebab bagi rumah tu kat Indo tapi nak buat macam mana bila suruh pindah jer dan-dan trus bayo duit sewa.



Tapi malam semalam akak aku dah tak tahan sangat2.Pagi tu dia call ckp nak bayo petang,so akak aku datang time petang tapi dia takde lak kat rumah,biarkan anak bini yang ngadap akak aku.Dia cakap malam nanti dia balik dia bayo.Akak aku masa tu dah start angin sebab janji
manismu
nya itu.


Malam tu datang lagi.Kali ni dia bawa sorang lagi sedara laki dia ntah sape aku pun tak kenal.mungkin nak gertak kot.Dia call aku suruh datang sekali.Aku dah agak mesti naik antu akak aku ni.. Malam tu,akak aku,laki dia,sedara laki dia,anak dia ,aku,abang aku, anak abang aku datang rumah sewa tu.Nampak macam nak berperang lak,tapi kitorang di pihak yang betul.Nak takut pejadahnya.Seperti biasa,laki Indo tu menghilangkan diri.Belum balik lagi.Call2 tak dapat.


Telah ku duga akak aku memang naik antu,dia suruh diorang keluar malam tu jugak.tapi yang best tu,Indo tu boleh lak nak report polis sebab kitorang datang menyerang dia kat "rumah dia" konon..Abang aku tanya ni rumah sape??dia terus diam.Aku malas nak masuk campur sebab kalau aku tak cakap pakai mulut tapi pakai tangan jer.. Agak riuh malam tu,ramai ahli "mesyuarat tingkap" yang jenguk ikut tingkap.Jiran sebelah rumah datang konon nak redakan akak aku,tapi tak kena gaya macam nak backup Indo tu lak..Akak aku ni memang angin skit,tapi laki dia tu agak cool.

Sampai aku taip entri ni aku tak tau apa cita rumah tu.Dah dapat duit sewa atau hdah halau diorang.Apa yang aku harap,kalau diorang tu dah pindah jangan lak diorang jahanamkan rumah tu.Susah nak cakap hal2 macam ni.



p/s:semua gambar di atas adalah sekadar hiasan

Thursday, February 12, 2009

Tawaran Sekali Seumur Hidup!!!




Ckap banyak tak guna.Sape-sape yang byk duit nak tengok citer ni boleh ajak aku untuk belanje aku.Sape-sape takde duit boleh ajak aku,aku boleh belanje.

Dah ada 3 orang ajak aku tengok cite ni secara berasingan tak termasuk si hati.Aku rasa aku akan tengok ini pilem lebih dari sekali.Aku rasa ini pilem boleh buat aku ulang-alik nak tengok macam ratatouille dulu.


-aku dah ghairah ni.


Wednesday, February 11, 2009

Semalam Yang Hangat (Dah Lama Sebenarnya...)



Ada macam entri mm??Tapi yang ni versi bekam,harap-harap takde cekam.

Tuesday, February 10, 2009

Pengembaraan Si Hati

Si hati dah pandai la pulak nak tulis blog.Tanya aku macam-macam.Dia xtau pun kewujudan blog ni.Hehe...biaq dia la,pandai2 cari kalau nak tau.Padan muka.

Friday, February 6, 2009

Kepala Ayat @ Kepala Kata 6 Februari

Yang terkini dan terkinun:

1.Perak
2.Nizar
3.Zambry
4.Najib
5.Kuala Kangsar dan Masjid Ubudiah
6.Hon dan Lampu
7.Bubar dan Undi
8.Zahid
9.SPR
10.Speaker

susunan ikut mata dan telinga bekam

Semoga aku masih boleh menyusuri sungai kinta,mencari bundle di pasar karat,usha barang kat yik fong,lepak kat komplek aik-aik,amik gambo kat pisa malaysia,dating kat tasik sebelah zoo,mandi kat bukit merah dengan aman macam dulu-dulu gak.I'allah..

Thursday, February 5, 2009

Kepala Ayat @ Kepala Kata

Yang popular lately ni:

1.FAM
2.Lompat
3.PR
4.BN
5.Kapt (B) Mohd Osman Jailu
6.Jamaluddin Mohd Radzi
7.KJ
8.Sultan Abdullah
9.Sultan Azlan
10.Kugan

-tidak mengikut kefofularan.
-ikut telinga dan mata bekam.

Wednesday, February 4, 2009

Konflik Geng 4 Mamat

Di entri lepas aku rembat blog khas dari Mr.Bangau.Tapi kali ni aku nak borak sikit-sikit dari kaca mata aku lak.Pengalaman aku dengan arwah sepanjang kami berkawan.Tiga tahun kami bersama,macam-macam suka duka kami harungi.

Mungkin ramai yang tahu atau tak tahu aku ada konflik(aku pon xsure ni konflik ke hape?)dengan arwah ni.Aku tak bertegur selama seminggu gak dengan geng aku(arwah,Bangau,Fatah).Orang memang tahu geng 4 mamat ni.Selalu lambat masuk kelas.Hantar assigment lambat.Segala-galanya lambat la.Tapi satu hari tu tiba-tiba 3 mamat ni tak tegur aku.Masa tu aku baru balik dari perkhemahan polibriged tak salah aku.Diorang semacam menyisihkan aku la senang cerita.Aku terkapai-kapai seorangan tak faham bijik buah.

Aku masih buat dungu tak tanya apa-apa pun.Buat macm biasa tapi dalam hati ni tuhan aje yang tahu kenapa aku diuji macam ni.Aku memang tak tahu pape langsung.Aku pikir gak aku ada buat alah ke dengan geng ni.Tapi nak pecah kepala aku pikir menatang ni.

Satu malam diorang panggil aku kat bilik Fatah.Aku dah macam pesalah kat mahkamah lak kena hadapi 3 mamat ni tambah Ako(bukan pelakon tu),so 4 lawan 1.Mati aku.Diorang cakap aku pernah cakap something yang buat arwah terasa dan tuduhan tak berasas aku cuba caras awek arwah.

Kalau pasal mulut tu aku boleh terima lagi la.Aku kadang-kadang ada salah cakap.Sampai sekarang aku rasa aku ni aku malas kadang-kadang nak komen apa-apa pasal orang.Tapi bab caras ni aku memang tak puas hati.Diorang cakap ada sorang mamat ni call awek arwah,tapi diorang tak tahu sapa.Diorang agak aku la orang itu.
Bertubi-tubi aku kena malam tu.Tapi bukan kena debik,sesi soal jawab yang sopan-guna-peribahasa-melayu aja.Aku pun tak tahu sapa awek arwah.Aku relax je sebab aku tak buat salah.Aku nafikan kan lah,tak buat nak takut apa kan.

Aku rasa aku tahu sapa yang peranjing dan tuduh aku tu tapi biar aku simpan sorang-sorang dah la.Aku memang kureng skit dengan dia ni.Tapi mampos dia lah.

Tapi lepas sesi dialog malam tu kitorang(4mamat) ni dah semakin kamceng termasuk la Ako.Lebih kamceng dari dulu.Nak guna slogan dulu,kini selamanya tapi pikir balik arwah dah takde.Selamanya pekejadah kan.Geng 4 mamat semakin mengganas la jugak.Ganas pa aku cerita nanti.Aku ada koje nak bikin sekarang ni.

sekian.