Thursday, April 30, 2009

Tentang Belalai Gajah

dicuri dari http://butterflyinframe-daramanisku.blogspot.com/...no komen


GAJAH OH GAJAH

entri kali ni nak cerita perihal gajah..

Gajah adalah seekor binatan berkaki empat, bergading dua, berbelalai satu. apa ada pada angkat 4, 2, 1?? aku pon tak tau. rasanya tak ada maksud apa-apa..cumanya diciptakan Tuhan kemudahan-kemudahan ini untuk gajahian adalah untuk kepentingan mereka jugak..

pernah tengok seekor gajah mengangkat belalai dengan angkuhnya?? seperti beliau saja yang ada belalai..hello..gajah lain pon ada belalai jugak. mungkin tak sama panjang saja. gajah oh gajah..selalu saja angkuh dengan belalai yang besar, dan suara yang nyaring seperti ning baizura.

pernah dengar atau baca berita tentang gajah masuk kampung?? aku pernah baca..tapi beliau belom pernah masuk kampung aku..sbb aku tidak tinggal di kampung. hanya tinggal di sebuah taman yang ketat dengan kawalan keselamatan oleh pengawal2 bawah umor dan juga yang terlebih umur yang memakai ketayap.bersembang di atas motor sambil menghisap rokok, bertazkirah di tangga2 surau..pastinya mereka juga seperti gajah bukan?suka keluar malam..

ok..masuk ke plot asal..

satu keluarga gajah lebih kurang dalam 3 1/2 ekor, sbb yang satu masih lagi kecil jadi ekornya blom tumbuh sepenuhnya, keluar ketika lewat malam melintas sebatang jalan di lebuhraya pantai timur. agaknya mahu supper..setibanya di selekoh sebuah kereta yang sedang memasang lampu tinggi, tetapi belum buleh menyuluh sehingga tinggi pokok kelapa pun,terkejut melihat sekawan gajah yang berbontot besar melintas..

shrrriikkkkkkk...brek di tekan. mcm tu lah kot bunyi nya.

gajah-gajahs (plural perlu tambah S cikgu BI cakap) itu berhenti sambil menyanyi dengan nyaring ala-ala nig baizura ..'Cinta kita di akhir garisan!!!!" sambil mengangkat belalai yang besar untuk mencapai high note atau falseto.(perlu tanya syafinaz jugak tapi jgn tanya siti hajar kerana dia hanya tau membuat buih di mulut saja) . gajahs tersebut nyanyi kerana difahamkan oleh ahli national geographic terkenal, bapak sedara aku , gajah tidak suka dengan nyalaan lampu. mereka anggap lampu itu musuh. musuh atau mereka tak nak org nampak katarak di mata mereka, itu aku tak pasti, hanya gajah itu saja yang tahu. Ironinya mereka tak takut pulak dengan cahaya matahari..hmm..

sebelum terpesong, aku smabung balik..

lalu kereta itu pon mematikan lampu, dan memberikan laluan kepada gajah tersebut. tapi gajah tersebut tidk meneruskan hajat untuk melintas untuk supper, sebaliknya gostan semula dan masuk ke habitat mereka semula. mungkin mereka merasakan waktu itu tidak selamat untuk supper. mungkin esok saja mereka meneruskan niat untuk berpoya-poya.

kereta itu meneruskan perjalanan dengan rasa syukur dan harap tidak ada lagi gajah yang keluar untuk breakfast pula..

Pengajaran : Jika kamu terjumpa dengan gajah yang tengah marah, jangan kamu tambahkan lagi marahnya walau dengan apa cara sekalipun.

dan jika kamu terjumpa dengan gajah yang angkuh, tinggalkan saja gajah itu. biarkan dia dengan kenagkuhannya kerana sesuangguhnya keangkuhan gajah itu hanya akan menjelakkan kamu. dan tidak selama-lamanya gajah itu akan angkuh.

Jika kamu mahu gajah itu terus senyum kepada kamu , berilah ia tebu selalu..

kamu gajah atau aku gajah??
bodohlah! kalau kamu jadi gajah, aku bukan gajah lah.
tapi kalau kamu x nak jd gajah, aku lah jd gajah!!

sekian..kalau ada sesapa yang merasakan cerita ini sengal, ketahuilah aku sedang sengal sekarang!!! argHHHH!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

Kalut

Apa yang paling penting dalam sesuatu hubungan?Adakah kepercayaan?Kejujuran?Keikhlasan?Atau semua itu tak perlu langsung pon?

Ah,gi jahanam semua tu!!!!!!!!!!

Wednesday, April 22, 2009

Sama Dia

Aku tak suka nak berbicara tentang sesuatu yang berkaitan dengan perasaan.Yakni perasaan yang melibatkan dua susuk makhluk tuhan.Sebab ape?Sebab sebenarnya ia seperti dinding konkrit.Dinding konkrit?Bukan sebab batasan yang ada dalam perasaan atau hubungan itu.Dilahirkan di bumi Malaysia dididik dengan adat,hukum hakam memang membataskan pergaulan tetapi konrkit yang aku maksudkan ialah kita kadang-kadang tak boleh nak puaskan kehendak atau imaginasi orang lain.Dalam konteks orang yang berkongsi perasaan sama kita.

Jika di tanya samada aku sayang sama dia tentu aku kata ya.Mana mungkin ada yang berkata tidak pada si jantung.Mungkin berkonfrantasi jika tidak jawapannya.Tapi aku agak susah untuk memberi jawapan jita ditanya kenapa dan mengapa aku sayang sama dia?Apa yang membuatkan aku tidak boleh tidur lena mengenangkan dia?Kenapa?Mengapa?Kenapa?Mengapa?

Aku memang susah hendak mencari jawapan yang paling sempurna waima ditanya oleh sama dia.Walau aku pernah beritahu aku sayang sama dia kerana begini-begini tapi dalam lubuk hati ku ni seolah-olah sengaja direka jawapan itu.Bukan sebab aku tak sayang sama dia tapi bagi aku sudah cukup sempurna bagi aku jika sudah jumpa orang yang aku rasa boleh ngam dengan aku.Tidak semestinya serasi,punya hobi yang sama,pakaian yang sama.sudi berkongsi barang yang sama.

Bukan.

Tapi cukup bahagia aku jika aku dapat membahagiakan dia,menyenangkan hati dia.Dan yang pasti boleh membuat aku "senyum".Walau mungkin perangai yang berbeza dengan aku tapi jika pembawaan kami boleh bercantum dalam dulang air yang sama, itu tidak mengapa bagi aku.

Bukan tidak pernah dia katakan, aku ni penyabar dengan perangai dia.Perangai yang susah bagi sesetengah lelaki.Tapi aku rasa perangai dia itu walau kadang-kadang aku senang tapi sedikit sebanyak berpunca dari aku juga.

Kata orang aku ni super cool.Mungkin juga berbanding dengan dia yang sentiasa mahukan yang terbaik,yang terindah.Aku juga manusia biasa tapi mungkin aku ni suka pada kerja-kerja last minute yang menyebabkan aku dapat title super cool tu.

Aku juga selalu bikin hati panas sama dia kerana perlakuan endah tak endah yang sedari kecil.Bukan bermakna aku ingin cakapa sama dia"dah memang saya macam ni nak buat macam mana" atau "ni memamg perangai saya,so tolong faham".

Bukan.

Orang kata kita boleh berubah perangai bila bercinta.Aku agak benda itu betul lah kot.Tapi macam tak relevan pada aku sebab aku tak berubah sangat pun.Macam dulu-dulu juga.Antara kawan dan sayang selalu diungkit.Aku pantang jika soal ini berkumandang.

Walau macam mana lidah yang tergigit tak mungkin dapat memutuskan terus lidah itu kan...



Friday, April 17, 2009

Pagi @ Jalan Raya

Yang biasa dilakukan jika berada dalam kesesakan jalan raya waktu pagi:

1.gosok gigi
2.melentik kan bulu mata
3.shaving apa yang patut
4.korek hidung
5.hisap rokok yang betul
6.menjahit pakaian
7.buat susu botol anak
8.membaca ahkbar/majalah (cth:Mangga)
9.menyanyi
10.menjerit
11.
make-up
12.potong kuku
13.hafal skrip (pelakon)
14.sikat rambut
15.pakai tudung
16.makan/minum
17.cukur kening
18.pakai lipstik
19.
cukur rambut
20.kencing dalam botol (emergency only)

yang no 2 tu betul-betul jadi pagi tadi mengakibatkan jam hampir 2km. mungkin dia tersalah lentik kot.

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Tinggal Pujaan...

"Selamat Tinggal Pujaan".Eh,ni macam lirik lagu artis otai S.Jibengg jer bunyinye..Tak,bukan.Memang macam lagu S.jbeng tapi ni lagu baru untuk artis baru.Kalau tak silap aku nama band tu pool ke hape ntah.Macam nama kolam la,haha

Patut la berbakul-bakul diorang dapat.Lepas ni boleh bawah guni pulak ye.Sila pastikan guni tu pun tak koyak.Nanti susah lak ye.Tak gitu riena??

Pape pon tahniah la..korang bagus tapi belum cukup ummph la beb.

senyum seindah suria...........

Tuesday, April 14, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

Di hantuk kebosanan melampau di saat kepala kepeningan melayan kekurangan isi dalam wallet terkesima bila mey-bank-tu-yu memaparkan angka rm102.50 di kala tengah bulan.

aku benci bank ni,bila lebih lima kali aku cucuk dia akan charge 5 kupang.ni macam gampang.

kepala berdenyut2 mintak ubat yang hampir saban hari menerobos kerongkong.perlu rehat minda,tenaga,emosi.tapi macam impian semut nak kahwin dengan paris hilten.sedar diri xberupaya berholidey.

aku nak tanya kat bos la...."bos,boleh tak sayatak nak buat kerka hari ni.saya nak tido jer sampai petang pastu 5.30pm saya balik sebab saya rasa sengal sangat la otak ni"

aku akan rasa syurgha sangat-sangat kalau bos aku cakap BOLEH!!

jiwa kacau.

Monday, April 13, 2009

Thursday, April 9, 2009

Siri Terkenang-kenang dan Hilang-Hilang

Satu masa pada zaman dahulu(aku tak ingat zaman feudal @ zaman logam) aku rajin "menelaah" satu cerita ni.Masa tu aku tak penah mis nonton si Darien Fawkes a.k.a idola aku.Sebenarnya siri di diadaptasi dari filem dulu-dulu(mungkin zaman batu).Filem yang dulu tu lagi la otai.

Si mamat Darien Fawkes yang akan sentiasa ditemani geng dia si Robet Albert Hobbes ni memang betul-betul buat aku nak jadi macam diorang.Aku selalu berangan nak jadi macam Darien Fawkes ni.Jangan tanya aku berangan tu untuk apa.Haha.OK aku cerita kalau aku boleh jadi macam tu aku nak skodeng rumah orang!!

Tapi rasa takut lak asyik kena cucuk jer kalau dah tak imun kan...Tengah seronok skodeng,tiba-tiba orang nampak aku dalam keadaan bogel.Kompen mampus kena perambat kan.Tapi masa tu aku nak suh si jelita tu (nama dah lupa) suh cari formula aku boleh invisible tanpa buka baju.Malu doh,dah la skodeng orang.Buka aurat lak tu..


Rasa-rasa sape ek yang aku nak skodeng kalau aku betul2 jadi macam tu??hehe

Mungkin dia ni kot.....


Friday, April 3, 2009

Seketika







...mencari erti ketenangan...