Thursday, January 29, 2009

Diari Harian Seorang Penunggang Motorsikal

Terhimpit dan dihimpit adalah dua perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama iaitu himpit tapi berlainan erti bila mana di tambah imbuhan “ter” dan “di”.Imbuhan “ter” diguna pakai untuk ayat yang tidak sengaja.Sesuatu kejadian yang tidak dirancang atau tidak diduga mahupun tidak diminta.Bagi “di” pula menggambarkan sesuatu kejadian atau kerja yang sememangnya dirancang.(persis cikgu bahasa,konon la….)

Kedua-dua imbuhan ini tidak boleh diletakkan atau bahasa isyaratnya tidak boleh digunakan dalam satu ayat..hmm.Dah mula dah..api kepanasan mula membahang..

Aku tak sure kalau ada orang yang maha pencinta bahasa ibunda ini telah menggunakan kedua-dua imbuhan tadi pada satu perkataan dalam satu ayat.

“Maafkan akak dik,akak dihimpit dan tak sengaja terhimpit adik.”

Kejadian yang berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal yang paling sopan di jalan raya dan seorang minah yang berkereta besar pengeluar yang menaung pemenang F1 tahun lepas.

Aku boleh terima kalau aku cilok-cilok kat tengah jalan tapi aku baik jer kat lorong paling kiri dan melaui jalan yang tak sesak langsung dia boleh cakap macam tu…Aku memang tak boleh terima alasan dia tu.

No comments: