Wednesday, January 14, 2009

Public Holiday Dari Sudut Kajian Sosiotrospologi

Tahukah anda bahawa setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia mempunyai bilangan hari cuti(Public Holiday) yang tersendiri.Angka-angka ini sememangnya amat unik dan menunjukkan keharmonian rakyat Malaysia kerana sudi berkongsi hari-hari cuti tertentu.

Sedarkah anda semasa anda menyambut tahun baru pada setiap tahun,Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu, dan Johor tidak memiliki cuti pada setiap 1 Januari?

Kajian ini mendapati bahawa semua negeri mempunyai 15 hari Public Holiday kecuali negeri Kelantan.Walaupun Kedah dan Terengganu berkongsi cuti hujung minggu iaitu pada Jumaat dan Sabtu namun Kelantan saja tidak bernasib baik kerana mengumpul hanya 14 Public Holiday.Tidak dapat dianalisa kenapa kejadian ini berlaku dalam kajian ini.

Bagi 3 Wilayah Persekutuan yang mewakili Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya pula menampakkan Labuan telah tertinggal dari segi angka kerana hanya mengumpul sebanyak 13 Public Holiday berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 14.

Bercakap tentang Hari Nuzul Quran yang tidak diberi cuti di Kuala Lumpur dan Putrajaya,agak menjanggalkan kerana hampir saban tahun 2 wilayah ini menjadi tuan tumah bagi sambutan Nurul Quran yang jatuhnya juga pada bulan Ramadhan.Memang pelik lah.Disini berasa ketidakadilan telah berlaku.

Boleh atau tidak seseorang yang tinggal di Selangor cuti pada Nuzul Quran walaupun kerja di KL??

Kajian ini tidak berniat untuk menyinggung sesiapa atau perlembagaan persekutuan.Aku memahami bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada sebab musabab dan hikmahnya.Mesti best kan kalau kita boleh cuti setiap kali negeri lain cuti.Kalau Sarawak cuti Hari Dayak aku nak cuti.Kalau Pahang cuti Hari Hol aku pun nak cuti gak.

p/s:rujukan kajian ini diambil dari buku diari@dairi tahun 2009.sekian terima kasih.


No comments: