Friday, January 30, 2009

AZREE AZIZ (AIE) DALAM KENANGAN..(12 JULY 1985 - 6 NOVEMBER 2008) FULL DISCHOGRAPHY

Aku teringat dan rindu pada sahabat aku,arwah Aie.Aku godek-godek friendster Mr. Bangau aku rembat blog khas utk arwah.

2004: (sem 1)

- Arwah orang yang ke-3 aku kenal time mula2 daftar poly.

- Dia org 1st gelakkan aku psl dpt roomate India.And pastu 2nd yg gelakkan aku adalah si ako.

- kitorg b’3 jdi kamcing smpai gi mn2 pun sama2..

-kitorg lawan takraw dgn team anas dke A tme awl2 dulu.kitorang main dgn xpakai kasut..Guna 100% kaki ayam..Time tu arwah “killer’,aku ‘tekong’ and ako ‘feader’..walaupun kitorg kalah tme tu tpi kitorg btul2 fun..

-Arwah,ako dan gua wat hati kering tme 2nd day orientasi dengan xsentuh pun sarapan mee keras yang poly sediakan..gua memang menyirap tme tu..last2 kitorg beli makanan kt kantin and mkn.Org lain dh masuk dewan tpi kitorg tetap terus mkn walaupun da 3 jibauk senior yg tme tu mmg mcm xpuas ati dengan kitorg and suruh kitorg masuk dewan.Gua ingat lagi jibauk senior tme awal2 orientasi tu terdiri dari kucai,along and depu..Kitorg pakat,klau diorg sound lebih2 kitorg sound balik..

- Arwah gelakkan gua wat kali ke-2 pasal pas rombak bilik gua tetap dapat roomate india..Dia ckp aku dah kena sumpahan.

- Arwah dan ako cabar gua mkn nasi b’bukit dengan lauk udang.Tme tu gua berjaya abiskan walaupun rasa nak terbeluak keluar benda2 yang aku mkn.Tme tu ayien,ijan and pian(bdk2 kelas dke A) pun da skali.

-Arwah,ako n aku balik saing time nak raya haji..And tiket dari pudu habis dan aku call arwah suruh ambik aku kat klang pasal aku nak try cari tiket balik johor dari sana..Time arwah ambik aku,dia,ako and yanz gelakkan aku pasal xdapat tiket balik and esoknya gua berjaya dapatkan tiket balik walaupun bukan ke johor tapi gua dapat tiket turun ke melaka.

-Arwah,fatah and aku kena tipu dengan fix tme kat cafe..Fix blh cakap dia senior and last2 jumpa dalam kelas yang sama.

-Lastly,arwah,ako,fix,fatah and gua jadi kawtim..Gi pertak sama2 and time tu ako kena tinggal.

-Time amali,arwah,pudin and gua selalu buli fadhilah(hamster) pasal dia sorg je pompuan dlm group kitorg..Tme amali wat wiring,hamster sampai nangis..

-Ako,arwah and gua kenakan medan(ramdan) time besday dia.Mula2 kitorg pakat ramai2 last just kitorg b’3 je yang telor and tepung kan medan tme besday dia.

2004: sem 2

-Kitorng b’5 sewa umah kat tanjong sama2..

- Gi mkn sama2 lari roadblock pun sama2..Da skali kitorg b’lasah ikut jln salah kt bus station tanjung and kelam kabut pasal polis wat roadblock kat depan maybank.Arwah and ako sangkut serta kena saman and nasib gua bek time tu psl lepas.

- Arwah dengan gua kena saman kat tanjung pasal u-turn kat tmpat yg xblh u-turn..kuda putih kejar kitorg sampai kat depan tm tanjung.Kitorng pakat xbagi tau bdk umah and terus gi slim river bayar saman.Sama2 pikir mcm mn nak pikir wat rayuan and last2 kena saman RM50.

-Malam sebelumnya,gua and arwah dh kena tahan tme roadblock kt depan snooker tjg..Sama2 rayu kat polis and then lepas..Kesalahan pasal xtampal sticker P and time tu nek motor gua..Arwah yg bawak.

-Arwah,fatah,fix,ako and gua pakat jamming time final sem 2 and matlamat kitorg sama time tu..”Nak Rilis Tension”

- Arwah,ako and gua lawan men karom tgh2 mlm dgn wat p’taruhan sape kalah kena wat air nescafe..Dan gua serta ako seperti yang di jangka antara peserta2 yang selalu kalah.Arwah terer men karom.

-arwah,fatah,ako and gua selalu kua g minum kat mapley kol 2 and 3 pagi..Fix da gak join kadang2..Pastu kitorg ronda2 dgn b’jln kaki..kacau 7 eleven dgn men pintu bunyi2 tu.

-Arwah and gua kejar awek mn ntah dari depan UPSI sampai kat ulu bernam..Awek tu bawak motor laju nak mmpus,maybe cuak tahap max.

- Arwah,ako and gua selalu wat pakatan balik kg pagi2 jumaat..Kol 5 and 6 pagi kitorg redah highway yang gelap and sejuk sama2..

-Lepas abis final kitorg pakat jamming 3 ari b’turut2..tme tu fatah and fix dh balik.2 ari kitorg berjaya jamming kt “bujang lapuk” and hari ke-3 xberjaya pasal jamming tutup..igt nak jamming kt behrang 2020 tpi xjadi and then just lepak umah medan..kitorg b’3 join bdk2 umah medan g petik buah-buahan segar seperti cempedak,pulasan and durian..semuanya segar dari ladang.

-Hari last sebelum balik,ako,arwah dan gua wat pakatan nak skodeng umah sebelah..budak2 pompuan upsi.kitorg pakat nk skodeng dari atas siling tpi t’paksa cancel pasal bau bangkai kuat kat atas siling.

2005 SEM 3:

-Pindah umah kat behrang 2020.Wat pakatan rembat banner kt sngai behrang pasal nk wat lngsir and arwah tukang drive.Time tu guna kete azhar(pak gad).

-Arwah,gua and budak2 umah gelakkan john pasal dia tme men bola dia boleh gaduh dengan arif..Pastu dia segan nak blk umah.

- Arwah,gua and budak2 umh medan wat rancangan utk mkn kt mapley tjg.Kitorng order kaw2 last2 time bayar,cuma roti kosong 1 and teh tarik..Chip and albar hampir2 kantoi tpi nasib bek diorng pandai cover line.Time tu mmg fun gile dgn gelakkan chip.

-Arwah slalu tunda motor gua time abis minyak

-Arwah,pudin and gua rancang men carrom…sape klh sapu bdk kat muka..tme tu mmg happening gile..pain,hafiz and amin adik pn join skali..Time tu yg paling gua xkan lupa..kitorg gelak kaw2..and bedak sape laa yg jadi mngsa time tu.

-Tme final sama2 kelam kabut,tme tu champion league final AC MILAN VS LiVERPOOL..Jap study jap tgk bola..Arwah happy after that because LIVERPOOL menang.

2006 SEM 5:

- Arwah,fatah,gua and fix siapkan Report L.I last2 minute.Report L.I arwah ,fatah and gua siap dh petang.Kitorang pakat antar keesokkan arinya..Sebelum tu,time tgh ari tu kitorang runner ke tjg g potong rambut kat kedai yang sama.Kata sepakat di buat dan kitorang setuju utk botakkan kepala.

- Sama-sama bayar yuran lambat.

-Arwah,fatah,john and gua gi tanjung pasal nak tgk bola then time balik hampir kena belasah dengan kayu cahaya polis pasal xberenti time polis tahan..Time tu masing2 cuak..Sampai umah,arwah,fatah,john and gua bantai gelak.

-Arwah and budak2 umah + budak2 klas yg lain gi mandi sungai bil..Time tu gua rasa mcm berkelah r pulak..

-Semua budak2 umah termasuk arwah wat majlis barbeque kt umah kosong sebelah umah..Happening gile tme tu.

-Arwah,pudin and gua pakat g kl and smpai rawang hujan lebat xigt..Tme tu arwah bnceng pudin nek mtr fix..Nak elak ujan kitorg follow blakang lori..Time nak smpai hentian rehat rawang,aku tgk dari cermin arwah and pudin xde kat blkng..Aku try contact tpi xdpt then selang beberapa minit aku nmpak arwah and pudin tolak motor dlm hujan lebat pasal mnyak abis..Time tu gua rasa bersalah gile pasal xprasan yg minyak motor diorang abis..Kitorng terus kan p’jlnanan dgn basah2 kuyup..Then berhenti jap kt bawah jejantas pasal baju dh lencun and kasut penuh air.

2006 SEM 6:

- Gua racun arwah isap rokok time nak buang air besar dan aku berjaya.Arwah try merokok tpi xtau r dia abiskan ke x time dlm toilet tu.

-Gua racun arwah suruh teman aku gi beli no kt sport toto tjg..Arwah cover line kat lua..Tme tu gua racun beberapa bdk umah utk join venture melabur dana wat beli no..last2 1 apa pun xkena..

2008:

-Arwah kondem gua psl motor gua ilang kat kajang and pastu mmber sekerja dia plak ilang motor kat depan opis dia and kitorng same gi balai wat report.

-Arwah and gua selalu lepak mkn tghari kat al-rafi seksyen 13..Menganjing macha yg ambik order tu..

-Racun arwah lepak lama2 smpai nak kat kol 3,padahal dia kena masuk keje kol 2.30..Share cite pasal celebrate besday pasal besday dia and aku sama bulan..July..

-Arwah racun gua suruh lepak skali psl fix pn da mlm tu..Rafi seksyen 13 tetap jadi pilihan..

-Ramai-ramai gi berbuka kat ampang and time bergambar gua sempat pegang tangan arwah..And xsangka tu last gua dpt jumpa depan2 and lepak sama2 dengan dia.

- Time nak raye,30 Sept..arwah org 1st send sms wish slmt hari raya kat aku..Sampai skang gua simpan lgi msg dia..

Lastly,aku still mcm xcaye yang arwah dh xde.Dan utk yg terakhir kalinya aku dpt tgk muka dia tme lepas di kafankan dan jantung aku tme tu mcm nak gugur and mata aku bergenang gak dengan air mata time ngadap n nak cium dahi dia..Dlm otak aku time tu,otomatik terus t’pkir..aku dh ilang sorg kawan baik time aku study kat poly dulu.Aku xkan lupa semua kenangan2 ni sampai laa aku mati..

Al-FAtihah utk Azree bin Aziz..Semoga tenang di sana dan di cucuri rahmat.

Thursday, January 29, 2009

Diari Harian Seorang Penunggang Motorsikal

Terhimpit dan dihimpit adalah dua perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama iaitu himpit tapi berlainan erti bila mana di tambah imbuhan “ter” dan “di”.Imbuhan “ter” diguna pakai untuk ayat yang tidak sengaja.Sesuatu kejadian yang tidak dirancang atau tidak diduga mahupun tidak diminta.Bagi “di” pula menggambarkan sesuatu kejadian atau kerja yang sememangnya dirancang.(persis cikgu bahasa,konon la….)

Kedua-dua imbuhan ini tidak boleh diletakkan atau bahasa isyaratnya tidak boleh digunakan dalam satu ayat..hmm.Dah mula dah..api kepanasan mula membahang..

Aku tak sure kalau ada orang yang maha pencinta bahasa ibunda ini telah menggunakan kedua-dua imbuhan tadi pada satu perkataan dalam satu ayat.

“Maafkan akak dik,akak dihimpit dan tak sengaja terhimpit adik.”

Kejadian yang berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal yang paling sopan di jalan raya dan seorang minah yang berkereta besar pengeluar yang menaung pemenang F1 tahun lepas.

Aku boleh terima kalau aku cilok-cilok kat tengah jalan tapi aku baik jer kat lorong paling kiri dan melaui jalan yang tak sesak langsung dia boleh cakap macam tu…Aku memang tak boleh terima alasan dia tu.

Thursday, January 22, 2009

Aku rindu bangat sama seorang wanita.Yang selalu aja datang dlm mimpi...Tapi lately ni aku jarang jumpa dia.Sebab aku sudah jarang lihat diadi depan mata.Rumah aku tidak berastro.Jadi aku tidak nonton nya selalu.Apa kena mengena wanita ni sama dengan rumah tiada Astro??

sebab.....



Aku sangat sebok bila hari selasa jam 9.30 malam di 8tv aku tak dapat tengok minah ni beraksi..



p/s:aku terpromosi lak...

Monday, January 19, 2009

Horny Yang Amat Sangat

Congrate pada anak2 buah pakcik Hussein yang telah perform bagus sangat malam tadi.Ramai kakak2 dan makcik2 yang tak kenal band ni.Asyik mawi,siti,faizal tahir jer.Malam tadi bukan malam faizal tahir ek.Dan ada orang cakap lagu mawi kalah sebab bukan dia yang nyanyi.Ni bukan pasal penyanyi tapi lagu la bodoh.

Aku dapat sms pukul 00.25 yang berbunyi lebih kurang macam ni "idup muzik indie".
Aku jawab band indie ni memang dah lama bagus pon.

muzik indie tu ape ha??

Saturday, January 17, 2009

Tangisan Dan Darah Yang Tidak Bernilai

Angka kini sudah melepasi 700 lebih
darah pekat meleleh
meyembah bumi suci
direbut dua organisasi
saling mencubit sesama sendiri
tutup sebelah mata

sang raja semakin bekerja
raja yang tidak didaulat
maha berkuasa makin ketawa

alam kecewa tiada usaha
hanya mulut lontar suara
tiada guna itu semua
raja sudah tidak bertelinga
punyai gundik sedia hantar "sutera"
tidak ambil "bintang kambing jantan" satu usaha
juga iringi doa
harap perangi gerila

alam cinta bumi sendiri tidak bersama
tiada apa yang dibicara
liga disana tutup muka
berkelana juga dengan gundik
takut diri nanti disuntik



p/s:iringkan doa penawar duka

Wednesday, January 14, 2009

Public Holiday Dari Sudut Kajian Sosiotrospologi

Tahukah anda bahawa setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia mempunyai bilangan hari cuti(Public Holiday) yang tersendiri.Angka-angka ini sememangnya amat unik dan menunjukkan keharmonian rakyat Malaysia kerana sudi berkongsi hari-hari cuti tertentu.

Sedarkah anda semasa anda menyambut tahun baru pada setiap tahun,Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu, dan Johor tidak memiliki cuti pada setiap 1 Januari?

Kajian ini mendapati bahawa semua negeri mempunyai 15 hari Public Holiday kecuali negeri Kelantan.Walaupun Kedah dan Terengganu berkongsi cuti hujung minggu iaitu pada Jumaat dan Sabtu namun Kelantan saja tidak bernasib baik kerana mengumpul hanya 14 Public Holiday.Tidak dapat dianalisa kenapa kejadian ini berlaku dalam kajian ini.

Bagi 3 Wilayah Persekutuan yang mewakili Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya pula menampakkan Labuan telah tertinggal dari segi angka kerana hanya mengumpul sebanyak 13 Public Holiday berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 14.

Bercakap tentang Hari Nuzul Quran yang tidak diberi cuti di Kuala Lumpur dan Putrajaya,agak menjanggalkan kerana hampir saban tahun 2 wilayah ini menjadi tuan tumah bagi sambutan Nurul Quran yang jatuhnya juga pada bulan Ramadhan.Memang pelik lah.Disini berasa ketidakadilan telah berlaku.

Boleh atau tidak seseorang yang tinggal di Selangor cuti pada Nuzul Quran walaupun kerja di KL??

Kajian ini tidak berniat untuk menyinggung sesiapa atau perlembagaan persekutuan.Aku memahami bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada sebab musabab dan hikmahnya.Mesti best kan kalau kita boleh cuti setiap kali negeri lain cuti.Kalau Sarawak cuti Hari Dayak aku nak cuti.Kalau Pahang cuti Hari Hol aku pun nak cuti gak.

p/s:rujukan kajian ini diambil dari buku diari@dairi tahun 2009.sekian terima kasih.


Tuesday, January 6, 2009

Entri Melayan Diri

Bekam dicipta dan di hambuskan ke dunia blogosfera pada tanggal 13/10 tahun kosong lapan.Bukan untuk mempunyai pembaca tegar atau pun hit yang bergegar.Sekadar lahir dari dalam diri yang masih terketar-ketar lahir di alam hingar bingar.Menulisaya aku bukan untuk sesiapa tetapi hanya untuk diriku sendiri.Menilai diri sendiri barangkali.

Kandungan syok sendiri,ntahapeapentah,semua aku tibai habis.Tiada isu-isu gempar tercatat.Tiada gambar-gambar hangat.Tiada label-label indah pada entri.Blog ini tidak spesifik tentang sesuatu.Masih lagi dengan "suka hati aku".Mungkin pada mula kemaruk untuk berblog sana sini bila mana membaca setiap titisan nota blogger lain.Gila pada nuffN**g.Gila untulk melihat kalau-kalau ada yang jenguk ini blog.Tapi aku tidak mahu iklan kan blog sebab aku tahu ramai blogger tidak suka ayat "link me please".Kalau aku sendiri pun agak benci dengan ayat sebegitu.Terima kasih pada yang pernah kunjungi ini blog.terima kasih banyak-banyak.

Namun semua itu sedikit demi sedikit mula pudar rasanya untuk berblog.Tidak tahu mana hilang semangat.

Kadang rasa diri ini bagaikan semut yang berada di sekumpulan gajah.Melihat coretan,nurkilan blogger lain yang rancak.Aku terasa kecil amat.Dengan senang meluahkan segala.Berjabat tangan di alam maya.Seperti udah berkenal lama walau di cyber.Tidak takut memperkenalkan identiti.

Tapi bagi diri ini,aku tidak sekali-kali akan menterjemahkan siapa empunya diri.Biarlah aku mengerti di mana letak tempat aku berpijak.Bukan takut tapi,biarlah.Aku senang begini.Tiada cita-cita pun sebagai penulis.Tulisan cacamarba cuma.

Tak ada apa pun yang nak diperkata kan pada entri ini.Sekadar melayan diri.Kosong sembilan sama seperti kosong lapan.Umur aku aja yang tidak sama sepeti di kosong lapan.Udah berganjak ke dua empat.

Aku senang membaca coretan orang.Mungkin itu lebih layak bagi aku.Aku terus akan membaca selagi Malaysia punya khidmat talian internet.

Aku tiada idea untuk dilampirkan tiap hari.Si hati pun tidak tahu kewujudan ini blog.Biar lah.

Aku bukan merajuk.Bukan untuk di pujuk.

p/s:persetan dengan lenggok bahasa entri ini.

Friday, January 2, 2009

2009=600Z

Malam tahun baru aku dipenuhu dengan rasa bosan yang amat bangat.Setengah jam sebelum countdown dan orang terjerit-jerit heppy new year,aku baru sampai kat kedai untuk menikmati makan malam.Aku rasa ramai yang sambut new year kat kedai tu sebab bila aku order nasi goreng udang,lepas 10 minit mamat pelayan tu habaq kat aku "bang,udang dah habis la".Aku order lak nasi goreng daging merah.Dalam 5minit lepas tu dia datang lagi cakap daging pun dah habis.Aku tanya apa lagi yang ada untuk aku makan malam tahun baru ni?Dia boleh lak cakap macam-macam ada tapi yang aku mintak tu je yang dah habis.Aku cakap masak la apa-apa nasi goreng pun,aku dah tak tau nak makan apa."Nasi goreng kampung boleh bang?"."Hmm".

Dengan panjang lebar aku menceritakan teori tentang betapa ramainya orang menyambut tahun baru 2009 di kedai tu walaupun aku nampak tak daq la ramai sangat masa tu.Mungkin lepas makan diorang pergi main bunga api kot.

Aku memang tak rancang nak terlibat dengan sambutan tahun baru ni.Bagi aku ianya sekadar duduk atau berdiri berhimpit-himpit dengan lautan manusia sambil tunggu detik 12 malam melayan hiburan dari sang penyanyi atau pelawak.Juga "minyaksikan" bunga api dan kemudian blah balik rumah.Malas la aku.

Haha gila samdol statement dari seorang yang demam(sakit kepala) pada malam tahun baru.


Aku tak de azam untuk tahun 2009.Masih kekal dengan azam lama iatu ingin jadi kaya walau aku kerja makan gaji dan hujung bulan makan maggi.Aku cuma harap tahun ni bila sampai hujung bulan aku boleh untuk tidak makan maggi tapi diganti dengan spageti.Mungkin.

Tiada ucapan tahun baru.Sekadar selamat tinggal 08 dan selamat datang 09.