Wednesday, December 31, 2008

JLo

"kita nak makan kat mana malam ni?"
"ntah lah,aku tak kisah mana-mana pon boleh.lagi pon aku bukan asal sini."
"aku rasa baik kita ke kolej aje.banyak makanan kat sana."
"ok gak tu".


Pin pin pin dan pin pin lagi.(kereta porsche datang)


"Logan,aku ingat kau belum balik lagi."
"aku saja balik awal,nak bikin seperais untuk kau".

"Logan,ni Jess kawan lama aku.Jess,ni Logan teman lelaki aku"


Lepak di bar.Minum sambil sembang-sembang antara 2 lelaki ditemani seorang wanita.

Logan:kau keje ape?
Jess:aku penulis.
Logan:berapa panjang buku yang kau tulis??ade panjang macam buku A.Samad Said??

Jess:aku baru menulis.

Rory:ape ni Logan?

Logan:aku saja nak tau pasal dia.dulu korang ade outing?

Jess:ada la gak.dalam hati (malas aku nak layan mamat seko ni.baik aku blah sebelum aku tumbok dia ni).
Rory:Jess,kau nak gi mana lak?
Jess:ape daj jadi dengan kau ni skang ha??

Rory pe lak??

Jess:kau dah jadi orang lain,dah tak macam dulu kau tau tak?

Rory:ntah la,aku pon tak tau.


Dalam bar.

Logan:jom aku anta kau balik.

Rory:aku tak nak balik.

Logan:jom lah..

Rory:aku tak nak balik,kau faham tak!!

Logan:ok,nah ambik duit ni.kau balik sendiri naik teksi!

Rory:hhmm...


memang cair aku tengok minah ni

Baru minggu lepas aku rasa cukup benci pada si Logan.Semalam kebencian aku bertambah meluap-luap bila tiba-tiba Jess lak datang.Aku benci sesangat sekarang ni pada kedua-dua lelaki itu.Ohh Rory..Walaupun dua-dua lelaki ni gaduh,tu bukan satu keseronokan bagi aku sebab aku rasa si Jess mesti ada paln nak dapatkan Rory aku tu.Tak kan aku nak tengok jer Rory aku ni kena kebas dengan si Jess tu kan.Aku mesti buat rancangan.Aku akan buat mamat dua orang ni gaduh dan gaduh lagi dan seterusnya gaduh lagi.Hahahaha....

JLo=Jess+Logan

hepi new year rory.

Tuesday, December 30, 2008

4H3M!

4H3M.Ni bukan formula sebatian kimia atau nombor pendaftaran kereta baru aku.Kereta yang aku tempah masih belum aku dapati kerana aku tidak mampu pun untuk membooking.4H3M ialah tempoh masa aku berada di kampung aku yang nuunn jauh di selatan Perak.Kat mana tu cari sendiri lah.Dalam perjalanan aku mereka-reka aktiviti yang akan dilakukan.Aku rindu pada nyamuk.Aku rindu pada masakan bonda ku.Aku rindu pada pokok nyor.Aku rindu pada anak Makcik Bedah (tapi anak dia dah kahwin).Aku rindu pada segalanya.Semahu-mahunya aku akan melepasakan rindu ku pada semua yang aku rindu.

Percutian ku kali ini amat bermakna sekali.


Percutian 4H3M aku telah diisi dengan makan,tidur,berak,tengok tv,makan dan tidur.Oh indahnya...Amat bermakna kan percutian ku ini.

p/s:tiada gambar2 indah semasa percutian ku ini..hahahahah

Monday, December 22, 2008

Memang Haram!!!

Petang semalam aku di Jom Heboh.Mula-mula malas nak pergi tapi Bob sms ajak datang.Dia dah tercongok kat sana sorang-sorang.Dia ni study kat Unimas.Aku dah lama tak jumpa dia.Bukan selalu pun dia ni balik semenanjung.Dengan berat kaki aku langkah kan jugak la.

Aku baru bangun tidur.Pagi-pagi buta aku kemas bilik yang macam tongkang pecah.Mandi,siap aku gerak ke Bukit Jalil.Ya...cari parking bukan senang time-time macam ni.Lepas park aku call Bob.Dia dah balik.Aduh.Kenapa la kau balik awal sangat??.Aku dah la sorang jer masa tu.Panas gila lak masa tu.

Aku try call Shawal.Dia urusetia sukan SUA.Petang semalam kan ada upacara penutup kat Stadium Putra.Dia cakap ada kat dalam lagi.Dah sudah nanti dia datang Jom Heboh.

Aku lak tercongok sorang-sorang tunggu dia.Masa ni la aku jadi pemerhati.Aku agak macam ni la kot MM.Haha.Macam-macam gelagat orang aku tengok.Macam-macam fesyen aku nampak.Majoriti yang aku nampak adalah bangsa melayu.Bangsa lain tak minat ker Jom Heboh ni??Dan dalam bangsa melayu tu pulak golongan remaja adalah majoriti dan berkepit dengan pasangan masing-masing.Eleh aku tak jeles.Macam-macam bunyi gak aku dengar."Mari-mari beli"."Satu bungkus seploh ringgit".Bunyi muzik booth tak payah cita la.Tapi aku
Respect,time azan suma booth jadi sepi.Tapi sepi dari muzik jer,mulut-mulut riuh rendah gak.

Aku tak tahu kenaper masa aku sampai jer kat sana line maxis aku macam haram(ah aku nak swith la).Nak send sms pun susah.Kadang-kadang dapat sms sampai 2 sekali gus.Kamera aku pun tak berfungsi.Masa kat rumah elok jer.Memang aku tensen sangat-sangat.

Aku call lagi Shawal,susah gila nak call.Jahanam maxis.Last dapat gak call tapi dia cakap dah nak balik.Hahahah.Aku senyum sorang-sorang masa tu.Kalau aku tahu baik aku blah awal-awal.Bila aku dah on the way,dia sms aku.Dia cakap bas dia gerak lambat lagi.Dia tanya aku kat mana?.Sekali lagi aku gelak.Aku cakap aku dah gerak.Malas aku nak pusing balik.Kepala aku ni dah berdenyu-denyut.

Mula-mula Bob tunggu aku.Aku sampai dia dah balik.Aku lak Tunggu Shawal.Tunggu punya tunggu dia dah nak gerak.Aku cabut balik.Dia lak nak tunggu aku.Hahahaha.

Aku rasa aku tau kenapa Dato' Harussani (mufti perak) cakap benda-banda gini haram.Memang macam-mcam yang haram ropenyer..

Saturday, December 20, 2008

Segi Bersegi (bukan kolej tu)

Macam tiga segi tapi aku rasa aku punyer bersegi-segi.Hhmm. Masa aku baca blog ely aku teringat aku pun ada kisah yang hampir serupa.Tu yang bersegi-segi jadinya.
Aku pon tak tahu kenaper jadi macam tu tapi yang aku tahu benda ni berlegar dan bermain di sekeliling aku gak.

Kisah 1: Aku pernah minat pada seorang minah yang aku rasa agak comel dan menawan.Orang di sekeliling aku tahu akan kejadian ini.Tapi kami tidak sempat berpacaran,cuma sekadar meluahkan perasaan di internet dan talian talipon saja.Kami agak rapat walau bukan secara terang-terangan.

Kisah 1.1: Satu hari Si S beritahu aku dia sudah pacaran sama kawan aku (di sekeliling) Si A.Ok.Aku tak marah ek.Kecewa pun tidak.Sudah jodoh mereka barangkali.Dalam masa yang sama aku main sms sama Si S ini tapi atas pengetahuan Si A.Aku bukan makhluk perosak.Dia bilang dia tidak cemburu.Aku juga dijadikan tempat rujukan dan carian google oleh mereka berdua.Si A ni lama-lama seakan menjauhkan diri dari aku.Aku tak mengerti kenapa.

Langit tak selalu cerah bai,diorang break-off.
Sebab aku ke??Diorang cakap bukan sebab aku.

Kisah 2:
Si S beralih kepada kawan aku (di sekeliling) Si F yang mana juga merupakan kawan kepada Si A.Benda ni tak pelik ok.Mereka berpacaran agak lama juga.Si S selalu mengadu pada aku diorang selalu bertengkar.Siap record perbualan(bertengkar) di talipon dan send pada aku. Macam bodoh.Sama macam Kisah 1.1, Si F mula menjauhkan diri dari aku.Si S selalu kacau aku,mintak pendapat cara-cara bahagiakan pasangan,tema warna masa nak kahwin,berapa anak dan posisi di ranjang (ni tipu).Maknanya mereka sudah pergi jauh.Maksud aku mereka merancang untuk bersama ke akhir hayat walau berlaku pertengkaran.Dia bilang dia bahagia.Bodoh!.

Si F pun cakap dia bahagia dengan Si S.Si F pun rancang nak jadikan Si S suri beliau.Si F ni macam tunjuk eksen pada aku(beliau tahu kisah aku dgn Si S dulu).Macam aku cakap tadi ni kitaran sekeliling aku.Macam bagi aku cemburu.Sori bro,gua tak
jeles ok.Kalau lepak sekali, buat tak nampak jer aku ni.

Blah la lu!Ingat kau sorang jer ada awek??


Bertengkar punyer bertengkar,akhirnmya langit yang cerah pada pagi dah di timpa hujan juga pada sebelah petang.Hhmm.......Si S + Si F = PUTUS!..

Aku still lagi kawan dgn Si S,Si A dan Si F..Tapi antara diorang aku tak tau la...Ape yang aku tau sebab musabab hubungan diorang ni hancur ialah sebab Si S tak nak gi dating (keluar2 date).Hahahahaha.Memang bodoh.......

Situasi kesimpulan : Aku rapat dengan seseorang perempuan>tapi tak kapel>aku kawan jer dgn dia>perempuan itu kapel dengan kawan aku>--------kenaper kawan aku tadi jadi kerek dengan aku????

Friday, December 19, 2008

Boleh Membunuh.



Aku cukup pantang dan benci serta sumpah seranah bila aku makan pape kat kedai,tiba-tiba aku terkunyah kulit telur atau seketul garam dalam kuantiti besar.Sakit hati aku ni,terpaksa luahkan dan termuntah balik makanan yang aku makan.Dan ini boleh mengurangkan kuantiti makanan yang masuk dalam perut aku lantas boleh menyebabkan aku lapar kembali kan.

Dah banyak kali aku kena,kat
fudkotMJ sekali,masa aku study kat Tg. Malim sekali.Kedai BP(studen psas masti tau kedai ni).Banyak lagi la.Sampai kadang-kadang aku kuis-kuis nasi goreng sebab risau benda tu jadi balik kat aku.Memang boleh bunuh selera aku tul la!

Dan aku paling menyirap ialah bila aku panggil taukey kat kedai tu dia boleh tuduh aku sengaja letak barang-barang tu sebab nak sabotaj dan makan
free kat kedai dia.Pala hotak kau lah..Ingat aku takde duit sampai nak buat macam tu ke?Aku tinggalkan jer makanan dan aku tak bayar pon.Padan muka kau.Kawan-kawan aku masa tu pon bagi sokongan kat aku dengan cara memblahkan diri dari situ gak walau pon nasi diorang ok dan diorang secara automatikney makan free.

lahabau sungguh sokongan kawan-kawan aku ni kan...

p/s:nasi goreng diatas tiada kena mengena dgn entri ini.sekadar pemandangan indah tika lapar.

Monday, December 15, 2008

Jalan lurus atau bengkok?


Aku penah dengar ceramah dari seorang ustaz.Dia cerita satu kisah(dari arab kalau tak salah aku).Ade seorang ayah,anak dan seekor keldai.Diorang ni pengembara.Ayah dengan rasa penuh tanggungjawab suruh la anak dia tu naik keldai dan si ayah tu berjalan kaki.Bila sampai di satu kampung,orang kat kampung tu sok sek(cakap belakang sambil mengutuk),diorang cakap anak tu tak hormat ayah sebab biarkan si ayah berjalan sedangkan si anak tunggang keldai.

Dengan senang hati anak bagi laluan pada si ayah lak naik keldai dan di lak yang berjalan kaki.Bila sampai kat satu kampung,orang kat kampung tu sok sek lagi marahkan si ayah sebab zalim suruh anak yang masih kecil berjalan kaki sedangkan dia tunggang keldai.

Diorang pun buat keputusan untuk sama-sama tunggang keldai tu.
Mengembara lagi sampai la sampi kat satu lagi kampung yang aman damai.Kat situ diorang dengar lagi orang mengata sebab dua orang manusia menunggang seekor keldai yang kecik.Bayangkan kan lah keldai yang kecik tu..


Samapi la ke satu lagi kampung,di mana mereka di tuduh bodoh dan bangang sebab dua-dua orang si ayah dan si anak masing-masing berjalan kaki sambil menyeret keldai tanpa ditunggangi.

Moral of the story: Tak mudah nak puas kan hati semua orang dalam hidup ni.Adakala kita rasa tindakan kita tu betul tapi tak di mata orang lain.Dan kadang-kadang mungkin kita anggap tindakan kita salah tapi benar bagi orang lain.Bukan satu kesalahan meminta pendapat dan pandangan pada orang tapi menjadi satu kesalahan jika meminta pada yang salah.Maksud aku pada orang yang salah.Dan dengan tindakan yang salah kita tu akan membuatkan kita ni dianggap salah dan dicop bodoh.Tak semua pendapat yang orang bagi,boleh kita telan.Kita mesti pandai saring.Ibarat mintak resepi buat kek pada seorang chef.Kita mesti try tokok tambah atau buang bahan yang kita rasa tak masuk dengan selera kita kan.Jadi,pandai-pandai la tentukan sendiri matlamat dan JALAN hidup kita sendiri.Jalan lurus atau bengkok?

Friday, December 12, 2008

Somewhere Only We Know by Keane

I walked across an empty land

I knew the pathway like the back of my hand

I felt the earth beneath my feet

Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree

I felt the branches of it looking at me

Is this the place we used to love?

Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone

I'm getting old and I need something to rely on

So tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

This could be the end of everything

So why don't we go

Somewhere only we know?

Wednesday, December 10, 2008

Warkah by BAU

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


Tuesday, December 9, 2008

Bagi Pihak Lelaki

Aku mulakan entri ini dengan satu soalan yang berbunyi KENAPA???.Ok semalam Hari Raya Aidil Adha,so selamat menyambut hari perayaan.Hhmm.

"Mak nak kau cari orang yang at least ada degree,ada kerja bagus-bagus,ada kereta.Mak tak nak kau kawan dengan orang yang kerja tak tentu hala,tak kenal asal usul tu semua"

Aku dengar ayat ni semalam masa lepak kat satu kedai mamak kat Puchong Jaya.Aku tak tahu macam mana adegan ni boleh mula tapi tu jer part yang aku dapat curik-curik dengar di kala aku leka sedut air sirap limau aku sambil layan friendster.

Aku sampai sekarang tak faham kenapa adegan semacam gitu masih ada pada zaman yang boleh dikatakan serba moden sebab tak kan aku boleh layan you tube kat kedai mamak kan.Aku ingat kan tu ade dalam cerita P.Ramlee jer,tapi aku silap.Aku pernah dengar cerita pihak pompuan mintak duit hantaran sampai bebelas ribu.Walau pun disertai dengan ayat "kami bukan la nak jual anak tapi nak buat kenduri ni bukan sikit belanja".Tu aku tak nafikan memang majlis kenduri tu satu majlis yang besar.
catering =8K@9K.
pelamin+solek-solek+baju = 2K@3K.
buah tangan =1K
karaoke+MC =1K
gambar =2K.
Pendek kata kalau takde 30K jangan mimpi nak kahwin la.Betul ke banyak samapi macma tu ??YES!!Aku ni bukan bercakap sebab pernah kena reject time pinang anak dara orang ek..Tapi sebagai seorang yang bakal melangsungkann perkahwinan pada bulan Februari tapi tahun tak tahu lagi la.

Aku rasa pihak pompuan memang layak "mintak" tapi biar lah berpada-pada.Pada pihak keluarga pompuan jangan la sebab anak hang pa tu ada diploma atau degree,tu dijadikan lesen untuk demand.Tapi ramai gak anak tahap minah kilang(bukan kutuk) tapi balun sampai 15K.Agak-agak la mak cik ooi.

Ingat kitorang lelaki ni hidup nak bayar hutang jer ke??(setelah buat loan pasai nak kawin).Tapi kalau bakal menantu makcik tu anak Dato' atau Pak Menteri tu lain cerita la kan.Banyak kes lelaki buat loan nak kahwin tau.Ingat nak beli rumah jer ker buat loan??.

Kalau nak kahwin tu pandai-pandai ler menyimpan dari sekarang.Jangan asyik nak bergumbira jer.Lain la kalau korang dapat kahwin free.Tu lain cerita la.


Friday, December 5, 2008

Butterfingers - 1000 Tahun(AKU MAHU HIDUP)

Memanglah penat
Tapi macam mana nak buat..?
Sudah terlambat, baru nak cepat
Terperanjat

Harap maafkan
Diatas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi
Selama ini amat dikesali
Takkan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini kubangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Kumahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan walaupun
Diriku ini kesempitan
Diawan kesembilan

Kotaraya
Kosmopolitan ini penuh dengan
Iblis dan syaitan penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri kembali
Sekali lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini kubangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Kumahu hidup 1000tahun lagi
Kembali

layan woo lagu ni...

Wednesday, December 3, 2008

Mr. & Mrs...

Menjadi kebiasaaan.Ya,benda yang lumrah.Maksud aku ialah hhmm...

Hujung tahun ni bagi aku masa yang paling penting untuk aku lihat balik kebelakang walau pun aku tak suka menoleh belakang dan juga aku mengamalkan prinsip "jangan pandang belakang" sebab bagi aku let by gone be by gone.Yang dah lepas tu lepas lah.Tapi kadang-kadang kita MESTI gak lihat balik apa yang dah jadi sepanjang tahun ni.Aku tahu mungkin entri ni merupakan entri yang pertama yang menyentuh soal "sepanjang tahun" sebab sekarang ni baru awal bulan kan.

Sepanjang tahun ni akan di post hujung bulan ni nanti(mungkin).Tapi sebenarnya aku nak sentuh tentang title Mr. & Mrs.Biasa la hujung tahun ni mesti ramai yang akan buat kenduri kan..tu la maksud sebenar aku kat atas tu tadi.Tapi dah merewang jauh entaj kemana-mana la aku ni...sekarang pon sama gak.Ah,suka hati aku la kan.

Sepanjang tahun ni(kenapa banyak sangat sepanjang ni??) dan seingat aku la,banyak gak yang bertukar tiltle tak kira Mr. atau Mrs.Contohnya ialah si dia dan si dia.Tu yang aku tau la kan.Susudalambotol ni tengah sarat kepala otak memikir hari besar dia.Pencarihartakarun lak lagi la sebab hujung minggu ni kenduri dia.

Bercakap pasai kenduri-kendara ni aku harap-harap majlis dorang tu berjalan dengan lancar dan aman damai sekali.Bukan ape,sekarang ni kan musin hujan+banjir.Berkecamuk la hati pasangan kalau bersanding time hujan atau banjir.

Banyak gak kes-kes dulu yang kita pernah dengar pasai berarak naik sampan la,naik lori la.Naik kapal korek jer aku belum dengar lagi.Hhmm.Tu semua sebab hujan dan banjir.Tapi pape pun kita tak boleh lawan takdir,tu semua kuasa tuhan.Setiap kejadian tu ada hikmah tersendiri bagi aku la.Orang lain tu korang punya pasal.

Ahah minggu lepas pun aku ada pergi kenduri sedara aku kat PJ.Dekat jer.Agak meriah gak Kenduri tu.Mr. tu sedara aku baru umur 24 dan kawen kau ek.Tahniah kepada Shahril.Jangan tanya pasa giliran aku lak ek?

Aku ada jemputan lagi bulan ni.Yang paling best aku berpeluang untuk makan free pada tiap-tiap ahad bulan ni.Sebab apa aku cakap macam tu?sebab dorang memang pilih Hari ahad la kot.Ahh,suker hati dorang la.Yang penting aku nak makan free(mungkin).